Pasaran saham dibuka tinggi - Utusan Malaysia

Pasaran saham dibuka tinggi

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 4.14 mata kepada 1,682.94 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1678.80 pada penutup Jumaat.

Indeks dibuka tinggi pada 1680.36.

Jumlah dagangan sebanyak 138.434 bilion unit bernilai RM55.298 juta.

Di pasaran yang lebih luas, counter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 192 berbanding 136 dengan 276 kaunter tidak berubah, 1,822 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, prestasi bursa saham di Malaysia dijangka kekal positif setelah mencatatkan kenaikan pada Jumaat lalu.

“Kemasukan dana asing dijangka menjadi faktor utama dalam menentukan hala tuju pasaran saham Malaysia.

“Justeru, situasi pemotongan kadar faedah di AS yang dijangka berlaku pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) 17 dan 18 September akan terus menjadi mangkin pasaran disamping prospek pertumbuan ekonomi Malaysia yang kekal baik pada separuh tahun kedua 2024,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya