Pasaran saham dibuka rendah hari ini

Pasaran saham dibuka rendah hari ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 4.26 mata kepada 1,667.06 pada pukul 9.10 pagi hari ini, berbanding 1,671.32 pada penutup Khamis. 

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,668.59.

Jumlah dagangan sebanyak 92.42 juta unit bernilai RM39.43 juta. 

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 144 berbanding 111 dengan 235 kaunter tidak berubah dan 2,036 tidak diniagakan.

Bagaimanapun, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, Bursa Malaysia dijangka akan mengikuti tren positif di pasaran Wall Street berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang dilihat positif. 

“Data tuntutan pengangguran atau Initial Jobless Claims merosot pada minggu lalu kepada 218,000 berbanding jangkaan para penganalisis iaitu 224,000,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Justeru itu, beliau berkata, perkara itu menunjukkan bahawa ekonomi AS dalam keadaan yang baik dan memberi gambaran bahawa risiko kemelesetan adalah rendah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya