PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli kumpulan MMC, telah mencatat satu lagi pencapaian dengan kejayaan memecahkan rekod bulanan kendalian kontena dan kargo konvensional untuk bulan kedua berturut-turut. Northport mengendalikan kontena sejumlah 365,558 TEU (Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki) pada Ogos iaitu kendalian kontena bulanan tertinggi syarikat, mengatasi rekod sebelumnya iaitu sebanyak 354,548 TEU yang dicatatkan hanya sebulan sebelumnya. Syarikat juga memecahkan rekod bulanan kargo konvensionalnya dengan pengendalian 1,145,021 FWT (Freight Weight Tonnes), mengatasi rekod sebelumnya iaitu 1,143,318 FWT, juga dicatatkan pada Julai 2024. Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya