PETALING JAYA: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), Khairul Kamarudin telah memenangi anugerah berprestij CEO Terbaik 2024 oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA). Menurut kenyataan, pengiktirafan itu merupakan bukti kepimpinannya yang cemerlang dalam membawa Bank Muamalat muncul sebagai pemain utama dalam sektor kewangan Islam. “Anugerah tersebut disampaikan semasa Majlis Anugerah GIFA Tahunan ke-14, yang diadakan di Republik Maldives yang turut menganjurkan Sidang Kemuncak Kewangan Islam Global (GIFS),” katanya. Anugerah GIFA menjadi standard tertinggi kecemerlangan dalam kewangan Islam, yang mengiktiraf individu dan institusi yang mendorong inovasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya