PETALING JAYA: Belanjawan 2025 akan menggunakan pendekatan seimbang dengan menggabungkan kemampanan fiskal bersama inisiatif baharu untuk memacu pembangunan ekonomi, kata RHB Investment Bank Bhd. Bank pelaburan berkata, tumpuan belanjawan ini berkemungkinan untuk menangani keperluan ekonomi segera, termasuk meningkatkan kemampanan fiskal dan pengukuhan jaringan keselamatan sosial selain meletakkan asas untuk pertumbuhan masa hadapan. Katanya, fokus kepada strategi itu ialah penekanan pada penambahbaikan infrastruktur, memupuk inovasi dan menyokong industri utama. “Merujuk kepada perkembangan terkini, kami menjangkakan empat serampang utama yang mungkin ditangani dalam Belanjawan 2025, termasuk tanggungjawab fiskal dan pengurusan hutang serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya