Eastern International Academy, KLTVET bekerjasama tingkat pendidikan vokasional - Utusan Malaysia

Eastern International Academy, KLTVET bekerjasama tingkat pendidikan vokasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Eastern International Academy dan Ombak International Academy menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) bagi memperkukuh pendidikan vokasional di Malaysia.

Pengasas Eastern International Academy, Datuk Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin berkata,  ini juga menandakan permulaan usaha strategik untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.

“Kami komited untuk terus bersaing di persada pendidikan TVET dan memajukan bidang ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami berharap MoU ini akan memperkukuh kedudukan industri pendidikan TVET di negara kita, setanding dengan pusat-pusat pendidikan vokasional antarabangsa.

“Kolaborasi ini adalah hasil daripada komitmen kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Timbalan Perdana Menteri, yang komited dalam meningkatkan taraf pendidikan TVET,” katanya pada majlis menandatangani MoU tersebut di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerjasama itu bertujuan melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi permintaan pasaran kerja tempatan dan antarabangsa.

“Eastern International Academy juga menekankan usaha peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui program TVET yang disediakan.

“Kami menyediakan infrastruktur moden serta tenaga pengajar bertauliah bagi memastikan dasar TVET sehingga tahun 2030 tercapai.

“Kerjasama dengan KLTVET dan universiti luar negara seperti Alzette University juga membolehkan graduan dari peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga diploma lanjutan TVET melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Jelasnya, pihaknya menyasarkan seramai 1,500 pelajar dalam pendidikan TVET di akademi itu bagi kemasukan pertama pada Oktober nanti.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, TVET memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang pekerjaan di negara ini.

“Ini adalah dasar yang signifikan kerana melalui TVET, kita mampu membentuk sekumpulan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.

“Dengan tenaga mahir ini, kita dapat memenuhi keperluan pelbagai sektor, termasuk sektor perladangan.

“Proses latihan yang dilalui oleh pelajar TVET akan membolehkan mereka menyertai tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang, yang akhirnya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Tambahnya, gaji para pelajar berkemahiran pendidikan TVET  juga akan meningkat seiring dengan tahap kemahiran yang diperoleh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya