DELUX lancar kedai `flagship' baharu di Puchong

DELUX lancar kedai `flagship’ baharu di Puchong

MAJLIS pelancaran kedai `flagship' baharu DELUX di Puchong, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DELUX Holdings (M) Sdn. Bhd. (DELUX), jenama terkemuka pintu pagar aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti, melancarkan kedai `flagship’ terbaharunya di Puchong, Selangor bersempena sambutan ulang tahun ke-20 syarikat itu.

Berkeluasan 19,788 kaki persegi, kedai `Flagship’ itu juga merupakan ruang pameran pintu pagar aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti terbesar di Malaysia, dengan mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR).

Pengiktiran itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Operasi, Jwan Heah dan Timbalan Pengurus Besar, Aaron Bong kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DELUX, Datuk Dylan Chui pada majlis pembukaan kedai itu hari ini.

Dylan berkata, kedai ‘flagship’ baharu DELUX itu bukan sahaja menambahkan satu lagi pencapaian Syarikat untuk meningkatkan keselamatan rumah dan estetika, tetapi juga menetapkan piawaian baharu untuk bilik pameran pintu pagar tanpa trek dan pintu sekuriti di negara ini.

“(Ia juga) selaras dengan aspirasi jenama untuk menjadi ‘The One and No Substitute’. Kunjungi kedai `flagship’ DELUX di Puchong untuk menerokai teknologi DELUX dan temui apa yang membuatkan pintu pagar dan pintu sekuriti benar-benar luar biasa,” katanya dalam kenyataan.

Menurut DELUX, kedai `flaship’ yang luas dan menarik itu mempunyai rumah replika berkonsep, menampilkan reka bentuk dalaman dan stail rumah berlainan, di mana pengunjung berpeluang merasai kualiti produk secara langsung serta lebih nyata, sambil mengambil inspirasi reka bentuk.

Katanya, kedai itu mempamerkan lebih 20 reka bentuk Pintu Sekuriti AlutechDoor dan lebih 10 jenis Pintu Pagar tanpa Trek UniGate.

“Selain itu, kedai ini turut menyediakan ruang inovatif seperti bilik gelap untuk pintu pagar LED, di mana pengunjung akan disambut dengan pemandangan siling langit berbintang yang cukup kontemporari, serta lapan reka bentuk LED yang dipamerkan untuk merasai teknologi LED dalam realiti. Kedai ini juga menyediakan bilik permainan kanak-kanak yang selesa, membolehkan pengunjung nikmati semasa mengunjung tanpa risau (mengenai keselamatan) anak-anak mereka.

“Semua produk Syarikat merupakan hasil inovasi pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) DELUX, direka bentuk dan dihasilkan sendiri, dibuktikan menerusi ruang R&D yang menunjukkan produk telah melalui proses ujian yang ketat sehingga dapat pengiktirafan daripada SIRIM.

“Pengunjung boleh mengambil peluang untuk menguji tahap ketahanan dan kualiti produk sendiri. Pasukan jualan profesional DELUX sentiasa bersedia membantu pengunjung untuk memilih pintu pagar tanpa trek dan pintu sekuriti yang paling sesuai dan padan dengan reka bentuk rumah mereka,” katanya.

Mulai sekarang hingga Januari 2025, DELUX mengadakan cabutan bertuah di seluruh negara, di mana pelanggan di semua kedai rasmi DELUX dan pengedar, berpeluang memenangi hadiah bernilai RM238,888.88, dengan hadiah utama kenderaan elektrik (EV), serta hadiah bulanan seperti kerusi urut, peranti tablet dan peralatan dapur.

DELUX memegang lima rekod lain MBOR iaitu Pintu Pagar Tanpa Trek Terpanjang pada 2020; Reka Bentuk Pintu Pagar Tanpa Trek Terbanyak, Pintu Sekuriti Aluminium yang Pertama Diperakui dan Kilang Pembuatan Pintu Pagar Aluminium Tanpa Trek Terbesar (2022) serta Sistem Engsel Pintu Pagar Terkuat menampung berat sehingga 4,588.72 kilogram pada 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya