Coolblog buka cawangan kelima di Sabah dengan sokongan Pernas - Utusan Malaysia

Coolblog buka cawangan kelima di Sabah dengan sokongan Pernas

LEW Sue Li (empat dari kiri) bersama Pengurus Coolblog Emart Lintas, Mohd. Rizman Richard (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmy Yahya (tengah) semasa pelancaran cawangan baharu Coolblog di Sabah, pada Sabtu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Coolblog, jenama pencuci mulut dan minuman yang terkenal di Malaysia, kini membuka cawangan kelimanya di Emart Lintas Jaya, Kota Kinabalu, Sabah dengan sokongan penuh Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Jenama itu menunjukkan komitmen dalam memperkukuh kehadirannya di negeri itu dan bersedia untuk pertumbuhan pesat di seluruh Malaysia Timur dengan beberapa cawangan Coolblog yang telah beroperasi di Sabah.

Dengan sokongan kukuh daripada Pernas, Coolblog yakin dengan kemampuannya untuk mempercepat rancangan pengembangan dengan sasaran meningkatkan jumlah cawangan daripada 334 buah kedai kepada 500 buah kedai menjelang akhir 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Lew Sue Li berkata, pihaknya teruja untuk membawa lebih banyak kedai Coolblog ke Malaysia Timur dan memperkenalkan minuman kegemaran mereka kepada lebih ramai pelanggan.

“Pembukaan cawangan ini bukan sahaja melambangkan perkembangan perniagaan, malah sokongan kukuh daripada Pernas yang telah menyediakan pinjaman francais untuk memudahkan pengembangan Coolblog.

“Inisiatif ini dilihat sebagai langkah penting dalam membantu usahawan tempatan, terutamanya dalam industri makanan dan minuman. Sokongan ini selari dengan visi Pernas untuk memperkasa lebih ramai usahawan bumiputera,” katanya dalam kenyataan.

Selain memperluaskan capaian dalam Malaysia, Coolblog juga merancang untuk meneroka pasaran antarabangsa dengan rancangan menjelajah peluang baharu di luar sempadan negara pada 2025.

Hasrat global itu menekankan komitmen Coolblog untuk menjadi pemain utama di pentas antarabangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN