Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal

Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini susulan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas minggu lalu.

Pada 9.13 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.83 mata kepada 1,669.65 daripada 1,668.82 pada Jumaat lalu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi pada 1,669.91.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 217 berbanding 152, dengan 315 kaunter tidak berubah, 1,843 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 168.17 juta saham bernilai RM120.59 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. dalam nota penyelidikannya berkata, minggu lalu, pasaran saham tempatan berakhir dengan positif berikutan penurunan kadar Fed.

“Minggu ini, peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada penunjuk ekonomi utama termasuk Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan dan perkhidmatan, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akhir AS, tuntutan pengangguran dan Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi teras,” katanya.

Firma berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan minat dalam pasaran baru muncul, dengan dana asing mungkin melabur dalam ekuiti Malaysia.

“Selain itu, kami percaya pelabur akan meletakkan kedudukan dalam saham bermodal kecil dan saham bawahan, yang telah terlebih jual dengan ketara dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya