Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.43 mata pada 9.07 pagi, kepada 1,669.95 berbanding 1,673.38 ketika ditutup pada semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah pada 1,670.19.

Jumlah dagangan sebanyak 102.40 juta unit bernilai RM60.10 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 190 berbanding 125 dengan 264 kaunter tidak berubah dan 1,937 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, situasi ekonomi di China dilihat menjadi fokus peserta pasaran berikutan pihak berkuasa di sana terus menerus memperkenalkan langkah bagi menstabilkan pertumbuhan ekonomi.

Katanya, ini dalam usaha untuk mencapai sasaran pertumbuhan lima peratus pada tahun ini. 

“Justeru, komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan China dilihat positif dan seharusnya menterjemahkan keyakinan pasaran meskipun masih juga terdapat kebimbangan kesan kelembapan pasaran hartanah kepada prestasi ekonomi China pada masa hadapan.

“Dari segi analisis teknikal, indeks FBM KLCI berada dalam jajaran neutral,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Oleh itu, Mohd. Afzanizam berkata, perkembangan terkini di China dijangka memberi impak positif kepada momentum pasaran saham di Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya