Bank Rakyat komited dalam ESG

Bank Rakyat komited dalam ESG

NIZAM Sani pada Majlis Makan Malam Bank Rakyat Bersama Media di Taiping, Perak di sini, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANK Rakyat komited dalam menerapkan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perniagaannya dengan memperkenalkan pelbagai produk dan inisiatif untuk mencipta nilai yang bermakna bagi kumpulan perbankan tersebut.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasinya, Nizam Sani berkata, pihaknya sudah pun mempunyai produk dan kempen khas melibatkan kenderaan elektrik (EV) yang ditawarkan kepada pelanggan.

Katanya, bank koperasi Islam terbesar tersebut juga sedang merangka produk yang memberi fokus kepada ESG dan dijangka dilancarkan pada tahun ini.

“Dari segi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami iaitu Kebun Nuri Nutrisi telah pun mencapai empat daripada 17 matlamat yang digariskan.

“Jadi, perkara ini sudah ada dan telah dirancang sebegitu. Ini kerana adalah sukar untuk mencapai 17 matlamat secara terus, jadi kami pilih empat atau lima berkaitan kebun ini dan laksanakan di situ,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Bank Rakyat Bersama Media di Taiping, Perak. 

Nizam berkata, terdapat beberapa projek Kebun Nuri Nutrisi yang memberi impak besar seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi.

Beliau berkata, mereka akan menanam, menuai, membungkus serta menjual produk yang ditanam itu sendiri, seterusnya membentuk satu ekosistem.

“Bagi MRSM Langkawi, mereka menanam cili dan terdapat rangkaian restoran yang mengambil daripada mereka. MCKK pula ada koperasi yang datang dan beli dari mereka.

“Perkara ini adalah sesuatu yang bagus kerana mereka dapat belajar mengenai penjenamaan dan rantaian bekalan. Terdapat ekosistem yang baik,” ujarnya.

Menurutnya, peranan yang dimainkan oleh Bank Rakyat adalah membantu membangunkan kebun tersebut pada peringkat awal bersama-sama dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan. 

“Selepas itu, mereka akan melakukan pendanaan sendiri hasil daripada jualan sayur dari kebun,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya