PETALING JAYA: AirAsia hari ini meraikan penerbangan sulung dari Kota Kinabalu ke Manado, ibu kota Sulawesi Utara dan bandar kedua terbesar di pulau Sulawesi di Indonesia. Menurut kenyataannya, dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 8.50 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi pada 11 pagi waktu tempatan. Katanya, penerbangan AK1797 turut diraikan dengan pancuran air setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi, Manado, Sulawesi Utara. Tetamu yang tiba disambut dengan meriah oleh Wakil Gabenor Sulawesi Utara,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya