Yogeesvaran Kumaraguru dilantik ahli luar MPC - Utusan Malaysia

Yogeesvaran Kumaraguru dilantik ahli luar MPC

Datuk Yogeesvaran Kumaraguru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Datuk Yogeesvaran Kumaraguru sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 September ini.

BNM dalam kenyataan berkata, Kumaraguru merupakan ahli ekonomi terkemuka yang mempunyai pengalaman berkhidmat selama 27 tahun di Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perladangan dan Komoditi pada tahun 2017.

“Semasa tempoh perkhidmatan di EPU, beliau terlibat dalam penggubalan beberapa rancangan Malaysia dan merupakan ahli Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pakar runding mengenai hal ehwal ekonomi kepada Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya dalam kenyataan.

Jelas BNM, Kumaraguru memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari University of Manchester, United Kingdom, ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya dan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari University of London, United Kingdom.

Sementara itu, Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran Datuk Yogees sebagai ahli MPC terkini.

‘Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang ekonomi serta penggubalan dasar akan memberikan manfaat kepada perbincangan dan pertimbangan MPC,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN