WonderLab, WonderDewi perbaharui siri penjagaan kulit sempena ulang tahun kelima

WonderLab, WonderDewi perbaharui siri penjagaan kulit sempena ulang tahun kelima

wonderlab
Hoe Kian Choondan Queenie Goh bersama dengan keseluruhan rangkaian produk dari dua siri yang baru dilancarkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan ulang tahun yang kelima, WonderLab dan WonderDewi telah memperbaharui siri penjagaan kulit mereka dengan memperkenalkan dua barisan produk wajah baru dan rumusan yang diperhalusi.

Dirumus khas untuk rakyat Malaysia dan cuaca Malaysia, WonderLab dengan siri WonderLab Ageless Pre-Ageing, menawarkan produk pra-penuaan terkini untuk kulit yang tampak lebih muda dan tegang, manakala WonderDewi pula dengan siri WonderDewi Cica, memudahkan penjagaan kulit bagi pengguna baru dengan produk yang melegakan, mencerahkan, dan menghidrasi kulit.

Barisan produk yang telah diperbaharui ini telahpun diumumkan di waktu pelancaran ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up, sebuah acara jualan sementara di The Starhill Bukit Bintang, di mana khalayak ramai dijemput untuk mendalami pengalaman penjagaan kulit bersama aktiviti interaktif dan promosi eksklusif.

Sewaktu pelancaran, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab | WonderDewi, Hoe Kian Choon berkata, sempena sambutan ulang tahun kelima, mereka teruja berkongsi siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui itu.

WonderLab dan WonderDewi menyambut ulang tahun kelimanya dan lima tahun menyampaikan solusi kecantikan dan kesejahteraan yang transformatif untuk rakyat Malaysia.

“Kedua-dua barisan produk yang baru dilancar kini sedia untuk merancakkan pasaran dengan rumusan terbaru yang mustahil tanpa teknologi paling terkini, sekali gus menyampaikan solusi kecantikan dan kesejahteraan yang transformatif kepada rakyat Malaysia. Pelancaran hari ini juga menggariskan komitmen kami yang berterusan untuk meluaskan lagi kebolehan inovasi dan kecemerlangan kita.

“Kemajuan kami selama lima tahun adalah bukti semangat dan dedikasi kami untuk menerokai potensi evolusi kecantikan dan mencipta produk kecantikan dan kesejahteraan yang lain dari yang biasa.

“Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menawarkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi, manakala siri WonderDewi Cica terus menyediakan pilihan yang efektif dan berpatutan untuk pengguna yang lebih muda.

“Bersama, kedua-dua barisan produk ini direka dengan teliti untuk menjadi teman penjagaan kulit melalui semua peringkat hidup, dari pengguna yang baru berjinak dengan dunia penjagaan kulit, kepada peminat penjagaan kulit yang lebih arif.

“Seterusnya, kami sangat bersemangat untuk terus berinovasi dan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dengan tawaran penjagaan kulit yang berprestasi dan senang diterima pakai, supaya mereka akan terinspirasi untuk ‘Be Iconic’,” tambah Kian Choon.

Siri Lengkap WonderLab Ageless Pre-Ageing yang mempamerkan solusi pra-penuaan terkini di mana dalam siri baru ini, Trio Black ComplexTM, yang terdiri daripada kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam, kini dipetik dari Pulau Jeju untuk kulit yang lebih tegang dan tampak muda.

Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing terus menyampaikan formulasi terkini prapenuaan yang menyediakan ‘Trio Youth Effect’ iaitu ketegangan, keanjalan, dan kecerahan.

Walaupun siri ini masih lagi menampilkan formulasi unik Trio Black ComplexTM yang terdiri daripada kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam, bahan-bahan tersebut kini dipetik dari Pulau Jeju di mana ia dipupuk di dalam keadaan pulau yang bersih dan tanah gunung berapi yang penuh dengan zat mineral.

Siri yang baru dilancarkan ini juga menggunakan sains terkini untuk memanfaatkan kekayaan semula jadi Jeju melalui proses pengekstrakan terbaru yang mesra alam, Hyalsquiz™, yang boleh memetik sel tumbuhan secara terus sambil meningkatkan kesan kelembapan bahan-bahan tersebut.

Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing menampilkan Toner Essence Niacinamide (Niacinamide Toner Essence), yang menawarkan kebaikan toner dan esen 2-dalam-1 untuk memudahkan rutin penjagaan kulit, di mana 91 peratus pengguna mendapati kulit lebih tegang selepas dua minggu, 100 peratus melihat keanjalan lebih baik dalam empat minggu, dan 91 peratus mendapati keserian kulit segera dalam masa tiga minggu.

Ia juga mengandungi Masker Tidur Black Ginseng (Black Ginseng Sleeping Mask) yang mencergaskan dan memberi tenaga kepada kulit semalaman, meningkatkan peredaran darah dan kolagen, serta memastikan kulit muka segar di pagi hari, bersama Pembersih Muka Grapeseed Oil (Grapeseed Oil Cleansing Balm), Pelembap Muka Resurrection Plant (Resurrection Plant Moisturiser), dan Tone Up Pelindung Matahari Zinc Oxide (Zinc Oxide Tone Up Sunscreen).

“Ciptaan siri ini menggariskan lagi komitmen kami untuk menyampaikan solusi penjagaan kulit yang efektif dan padan dengan keperluan tempatan,” kata Queenie Goh, Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab | WonderDewi, Queenie Goh,

Katanya, bahan-bahan utama yang mereka gunakan adalah kacang hitam, beras hitam, dan bijan hitam yang bersumberkan terus dari Pulau Jeju di Korea.

“Bahan-bahan ini terkenal dengan kebolehan untuk menegang, menganjal, dan mencerahkan kulit. Dengan mengambil kira cabaran tertentu cuaca panas dan lembap di Malaysia, kami memastikan produk kami memberi hasil yang ketara dan memenuhi keperluan kulit rakyat Malaysia,” jelas Queenie

Siri WonderDewi Cica: Penjagaan Kulit untuk WONDER-warni Remaja

Siri WonderDewi Cica pula direka sebagai perkenalan yang praktikal bagi mereka yang baru bermula untuk memakai produk penjagaan kulit. Set 4-serangkai ini menawarkan rutin yang mudah dan efektif bagi pengguna baru, menjadikan asas yang kukuh bagi kulit muka yang sihat.

Dirumus khas untuk cuaca di Malaysia, siri WonderDewi Cica yang baru dilancarkan ini mengandungi Tecamin-CTM, sejenis Cica yang diperkaya dengan Vitamin C semula jadi yang ditumbuh dengan teliti menggunakan teknik penanaman terkini.

Dengan gabungan khasiat Cica dan Vitamin C, siri ini memberikan hidrasi yang melegakan dan meningkatkan seri muka untuk memenuhi keperluan kulit wajah tempatan. Jelas sekali pilihan praktikal bagi sesiapa yang ingin memulakan rutin penjagaan kulit yang efektif dan mudah.

Siri WonderDewi Cica menampilkan Pelembap Prebiotik (Prebiotic Moisturiser), diperkaya dengan prebiotik dan Tecamin-CTM, yang menyegarkan dan mencergaskan kulit dengan segera, mengimbangi mikrobiom, serta mengawal sebum dan keradangan untuk kulit muka yang lebih cerah.

Siri ini juga menampilkan Pembersih Muka Asid Amino (Amino Acid Cleanser), Toner Hyaluronic (Hyaluronic Toner), dan Pelindung Matahari Niacinamide (Niacinamide Sunscreen), yang melengkapkan lagi keperluan asas rutin penjagaan kulit.

Siri Lengkap WonderDewi Cica, direka untuk remaja dan pengguna yang masih baru berkenalan dengan penjagaan kulit, menampilkan bahan utama yang baru iaitu Tecamin-CTM untuk kulit yang melegakan, cerah, dan lebih menghidrasi.

“Siri ini adalah kit permulaan yang sangat sesuai untuk remaja dan pengguna yang baru memulakan langkah pertama dalam dunia penjagaan kulit yang sering dilihat seperti terlalu mahal atau terlalu merambangkan mata. Diperkaya dengan kelebihan Tecamin-CTM untuk melegakan, mencerahkan, dan menghidrasikan kulit, siri ini memberikan rutin penjagaan kulit yang mudah, efektif, dan berpatutan untuk semua,” kata Queenie. 

Siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica yang diperbaharui akan boleh didapati di kedai WonderLab seluruh negara dan secara online daripada TikTok, Shopee, dan Lazada.

Juga diumumkan sewaktu pelancaran, WonderLab dan WonderDewi tidak lama lagi akan boleh didapati di kedai Watsons terpilih seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan strategik untuk mengembangkan saluran pengedaran WonderLab dan WonderDewi.

Alami Keajaiban Penjagaan Kulit di ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up!

Jemput masuk ke dunia di mana produk kecantikan boleh dibeli seakan barangan runcit di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up, direka untuk memukau, menginspirasi, dan memperkasakan pengunjung untuk ‘Be Iconic’.

Berlatarkan di tengah-tengah Kuala Lumpur di daerah Bukit Bintang, pengalaman pasar runcit yang memikat, dan bertenaga ini direka khas untuk menyambut ulang tahun ke-5 WonderLab | WonderDewi.

Ia telah pun membuka pintu ke khalayak ramai di The Starhill Bukit Bintang, dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam sehingga 1hb September 2024.

Suasana meriah di WonderLab 5bulous Anniversary Pop-Up Mart dari 29 Ogos 2024 hingga 1 September 2024, meraikan ulang tahun ke-5 WonderLab dan WonderDewi bersama aktiviti interaktif, promosi eksklusif, dan pelancaran barisan produk penjagaan kulit yang terbaru.

Jualan terhad pop-up mart ini menawarkan solusi lengkap kecantikan dan kesihatan, termasuk siri WonderLab Ageless Pre-Ageing dan siri WonderDewi Cica yang diperbaharui dan dilancarkan pada acara tersebut.

Selain pengalaman runcit yang tidak dapat dilupakan, pop-up mart ini juga akan melibatkan pelawat dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang nostalgik, dan analisa kulit percuma.

Mencerminkan semangat sejati belian runcit, pop-up mart ini juga menampilkan pelbagai promosi termasuk tawaran happy hour, diskaun eksklusif 10% seluruh kedai (termasuk promosi lain-lain lagi) berserta hadiah percuma dengan belian, seperti barangan edisi terhad dan gelang tangan Celovis yang bernilai sehingga RM399, mengesyorkan pengalaman membeli-belah yang memuaskan hati.

Bagi yang tidak dapat menghadirkan diri ke acara ini, mereka masih boleh mendapati tawaran eksklusif melalui strim langsung 48-jam istimewa dalam laman TikTok WonderLab (@wonderlab_my), dari 29 Ogos hingga 1 September, setiap hari dari 10 pagi ke 10 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN