Varia dapat kontrak RM61.5 juta bina bangunan UPSI - Utusan Malaysia

Varia dapat kontrak RM61.5 juta bina bangunan UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Varia Bhd. memperoleh subkontrak kerja-kerja pembinaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak bernilai RM61.45 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Varia berkata, anak syarikat milik penuhnya, Pembinaan Teguh Maju Sdn. Bhd. telah menerima surat anugerah pada 14 0gos 2024 daripada Kemuncak Pesaka Sdn. Bhd.

Projek tersebut melibatkan reka bentuk, pembinaan, penyiapan, ujian, dan pelaksanaan pembinaan asrama pelajar, pusat antarabangsa dan mobiliti, pusat kemahiran bahasa, ruang sokongan, serta infrastruktur luaran dan kerja berkaitan di UPSI.

Menurut Varia, kontrak ini adalah selama 31 bulan bermula pada 19 Ogos 2024 hingga 31 Mac 2027.

“Kontrak ini dijangka akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan syarikat bagi tempoh kewangan yang relevan sepanjang tempoh kontrak.

“Selain itu, kontrak ini tidak akan memberi kesan kepada modal saham dan struktur pegangan saham Varia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya