Untung bersih MBSB jatuh kepada RM54.83j - Utusan Malaysia

Untung bersih MBSB jatuh kepada RM54.83j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Untung bersih MBSB Bhd. jatuh 34.5 peratus kepada RM54.83 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024, berbanding RM83.7 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya, berikutan perbelanjaan operasi (opex) yang lebih tinggi dan elaun rosot nilai.

Dalam pemfailannya di Bursa Malaysia, kumpulan merekodkan opex sebanyak RM241.7 juta dan jumlah elaun rosot nilai RM98.5 juta pada suku tinjauan, lebih tinggi daripada kedua-dua suku kedua 2023 dan suku pertama 2024.

Kumpulan itu melaporkan elaun rosot nilai yang lebih tinggi pada suku kedua terutamanya disebabkan oleh penurunan nilai yang lebih tinggi pada suku pertama, menjadikan pendapatan sesaham turun pada 0.67 sen untuk suku tinjuan berbanding 1.17 sen bagi suku sama tahun lalu.

Bagaimanapun, hasil kumpulan meningkat 35 peratus kepada RM960.85 juta daripada RM711.53 juta pada suku sama tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh peningkatan pendapatan pembiayaan dan sumbangan daripada integrasi MIDF.

MBSB berkata, pendapatan operasi bersih meningkat 19.5 peratus daripada RM365 juta pada suku pertama kepada RM436 juta pada suku kedua, dipacu oleh peningkatan dalam pendapatan dibiayai bersih sebanyak 20.1 peratus daripada RM324 juta pada suku pertama kepada RM389 juta pada suku tinjuan.

Katanya, ini disokong oleh pengembangan portfolio pembiayaannya, ditambah pula
dengan margin yang lebih baik.

“Pendapatan tidak dibiayai juga berkembang kukuh sebanyak 14.6 peratus didorong oleh sumbangan MIDF dan perniagaan berkaitan pasaran.

“Pertumbuhan ini menyerlahkan perjalanan berterusan kami mempelbagaikan aliran hasil, sambil kami terus membina dan mengukuhkan aspek ini perniagaan kami,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, margin keuntungan bersih meningkat sebanyak 42 mata asas kepada 2.6 peratus pada suku ini, kerana kumpulan terus menumpukan pada peningkatan aset pembiayaan dan kos pembiayaan, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengoptimumkan kunci kira-kiranya.

“Pembiayaan kasar meningkat sebanyak empat peratus dari awal tahun sehingga kini, didorong oleh perbankan korporat dan perbankan komersial masing-masing pada 8.5 peratus dan 17.4 peratus.

“Nisbah pembiayaan terjejas kasar (GIF) kami juga bertambah baik, mengecil sebanyak 10 mata asas kepada 7.0 peratus daripada 7.1 peratus suku lepas.

“Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap usaha pemulihan dan menyediakan pelanggan yang lebih berkualiti di seluruh portfolio,” ujarnya.

MBSB tidak mengumumkan dividen bagi suku kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya