T7 Global terima kontrak RM74.6j daripada Kementerian Pertahanan - Utusan Malaysia

T7 Global terima kontrak RM74.6j daripada Kementerian Pertahanan

Tan Kay Zhuin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: T7 Global Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, T7 Kemuncak Sdn. Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM74.6 juta daripada Kementerian Pertahanan.

Menerusi kontrak itu, kumpulan tersebut bertanggungjawab membekal, menghantar, menguji dan menjalankan sistem radar pengawasan lapangan terbang (ASR), sistem komunikasi dan peralatan sistem pengurusan trafik udara berkaitan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kerajaan Malaysia.

Kontrak tersebut adalah selama lima tahun bermula 5 0gos 2024 hingga 4 0gos 2029.

T7 Global menjangkakan kontrak itu memberi kesan positif kepada pendapatan dan aset bersihnya untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan seterusnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Kay Zhuin berkata, pihaknya berbesar hati mengumumkan pemerolehan kontrak itu dan ia menandakan pencapaian penting bagi segmen rumusan perindustrian syarikat itu.

“Ini mempamerkan keupayaan kami dalam menghasilkan rumusan bersepadu untuk TUDM, yang merangkumi sistem radar pengawasan udara berprestasi tinggi bagi memastikan keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan yang dipertingkatkan bagi keupayaan pengawasan lapangan terbang TUDM.

“Sistem ini akan memberikan kesedaran situasi lanjutan untuk pengawal trafik udara TUDM dan mengoptimumkan pengurusan ruang udaranya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kumpulan komited untuk mempelbagaikan aliran pendapatan bagi menyokong pertumbuhan mampan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya