Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka mendatar hari ini, didorong oleh sentimen yang berdaya tahan menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 pada minggu ini.

Pada pukul 9 pagi, ringgit dibuka pada 4.4200/4.4300 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setelah ditutup kukuh dalam tempoh kira-kira 16 bulan sebanyak 4.4180/4.4350 pada Jumaat lalu.

Pada dagangan tengah hari pula, ringgit menyusut pada 4.400/4520 berbanding dolar AS.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd. dalam Semakan Kewangan Mingguan berakhir 9 Ogos 2024 berkata, ringgit ditutup paling kukuh sejak April 2023 minggu lalu.

Katanya, mata wang negara menambah nilai 1.7 peratus minggu ke minggu kepada RM4.424, mengatasi kebanyakan mata wang serantau, memperoleh keuntungan daripada kelemahan dolar AS dan sentimen yang lebih positif pada mata wang tempatan.

“Selain itu, ringgit terus meningkat berbanding mata wang rakan dagangan utama Malaysia dan mata wang serantau, menyumbang kepada Indeks Ringgit Berwajaran Dagangan MIDF (TWRI) ditutup 1.7 peratus minggu ke minggu lebih tinggi pada 90.33, tertinggi sejak Februari 2023.

“Ringgit menambah nilai berbanding semua mata wang dalam TWRI kecuali rupiah Indonesia.

“Harga komoditi juga memihak kepada ringgit dengan harga minyak mentah Brent meningkat 3.7 peratus minggu ke minggu kepada AS$79.66 (RM342.26) setong berbanding minggu sebelumnya pada AS$76.81 (RM339.66),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya