Ringgit boleh cecah RM3.80 sedolar jika AS alami kelemesetan - Utusan Malaysia

Ringgit boleh cecah RM3.80 sedolar jika AS alami kelemesetan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ringgit boleh mencecah paras RM3.80 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika AS mengalami kemelesetan menyebabkan negara maju itu terpaksa menurunkan kadar faedah dengan banyak. 

Pengarah Urusan Capital Dynamics Sdn Bhd., Tan Teng Boo berkata, mata wang tempatan itu juga boleh mencecah paras sedemikian seandainya ekonomi China tidak terkesan dan berkembang seperti biasa.

Beliau bagaimanapun menjangkakan ringgit untuk mengukuh di antara RM4.40 hingga RM4.50 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini.

Katanya, ini berikutan AS dijangka akan memotong kadar faedahnya sebelum akhir tahun ini manakala Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan menjadikan perbezaan kadar di antara kedua-duanya semakin mengecil, sekali gus menyokong kenaikan ringgit untuk jangka panjang.

“Ringgit ketika ini sudah mengukuh tinggi daripada RM4.80 kepada RM4.50 ketika ini.

“Ini bagus kerana jika ia mengukuh terlalu laju, perniagaan Malaysia terutamanya yang mengeksport akan terjejas teruk.

“Maka, pendekatan terbaik ialah supaya mata wang tempatan mengukuh secara beransur-ansur agar pengguna dan perniagaan dapat sesuaikan diri dengan perubahan ini,” katanya pada sesi soal jawab kemelesetan dan bagaimana ini akan mempengaruhi Malaysia bersama pihak media di sini semalam.

Ketika ditanya mengapa Tesla membatalkan rancangan untuk membuka kilang atau melabur di rantau ini termasuk Malaysia, Teng Boo berkata, ia disebabkan oleh potensi AS untuk mengalami kemelesetan.

“Tesla tidak pernah berkata mahu membuka kilang di Malaysia, tetapi membuka pusat jualan di sini.

“Faktor AS yang akan mengalami kemelesetan selain jualan kereta elektrik (EV) yang merosot di negara itu menjadi punca Tesla menyusun kembali strategi mereka.

“Kerajaan AS juga dilihat tidak menyokong industri EV apabila hanya mempunyai lebih 100,000 stesen pengecas dibandingkan di China yang ada lebih tiga juta. Bagi AS, mereka seperti tidak kisah dengan EV, ada pun ok, tidak ada pun ok,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya