Proton, Geely teroka aktiviti peningkatan model - Utusan Malaysia

Proton, Geely teroka aktiviti peningkatan model

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton sedang bekerja rapat dengan rakan kongsi mereka, Zhejiang Geely Holding Ltd. (Geely) untuk meneroka aktiviti peningkatan model dari platform sedia ada.

Usaha kerjasama antara kedua-duanya telah dijalankan selama bertahun-tahun dan terus dipercepatkan selepas penubuhan pusat R&D Proton (China) pada April tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, keupayaan untuk mencipta, mereka bentuk, membangunkan dan mengeluarkan kenderaan baharu dari awal adalah unik bagi Proton sebagai jenama nasional.

“Keupayaan ini kini telah diperkukuh dengan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman sedia ada Proton dengan sumber dan pengetahuan Geely.

“Peningkatan model-model tempatan Proton akan melibatkan penggunaan sumber bersama dengan Geely untuk menyokong kerja yang diketuai oleh jurutera R&D Proton di Malaysia. Proton juga akan dapat meningkatkan daya saingnya dengan memanfaatkan jejak global Geely,” katanya dalam kenyataan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kereta pertama Malaysia yang memasuki tahun ke-39 pengeluaran, Proton Saga, mencatatkan jualan luar biasa sebanyak 7,855 unit bulan lalu, pencapaian terbaik dalam sebulan untuk model tersebut sejak Oktober 2013.

“Secara keseluruhan, jualan sehingga kini (YTD) untuk model itu telah meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding tahun lalu kepada 42,693 unit, menetapkan asas untuk tahun jualan yang cemerlang di hadapan.

“Sejak Proton Saga pertama mula dikeluarkan pada 9 Julai 1985, jualannya telah melepasi tanda dua juta unit tahun ini. Ini telah mengukuhkan statusnya sebagai model paling popular dari jenama automotif Malaysia,” katanya.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia dan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat, Proton melancarkan kempen “Saga-Merdeka Mudah Dimiliki” bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki Proton Saga ikonik dengan insentif dan tawaran eksklusif sepanjang Ogos.

Sepanjang tempoh sebulan itu, Proton menawarkan rebat tunai RM500 untuk pembelian mana-mana model Proton Saga.

Rebat ini tersedia untuk semua pelanggan dan menjadikan kenderaan ikonik ini lebih mampu milk.

Selain itu, pelanggan Maybank layak untuk rebat tambahan RM200 apabila pelanggan menunjukkan mesej promosi daripada Maybank kepada mana-mana pengedar Proton yang mengambil bahagian.

Tawaran eksklusif ini tersedia untuk tempahan secara walk-in yang dibuat pada hujung minggu 10 dan 17 Ogos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya