Proton e.Mas 7 buat kemunculan awam pertama di perarakan Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Proton e.Mas 7 buat kemunculan awam pertama di perarakan Hari Kebangsaan

Skema warna yang dipilih mencerminkan warna Jalur Gemilang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proton e.MAS 7 akan membuat penampilan awam pertamanya, pada perarakan Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 yang akan disambut pada 31 Ogos tahun ini.

Proton dalam kenyataan berkata, model kenderaan elektrik (EV) pertama jenama automotif nasional akan muncul dengan motif penyamaran khas mewakili warna Jalur Gemilang, sebagai sebahagian daripada kontinjen 25 kereta yang menampilkan pelbagai model Proton.

Katanya, Proton yang kini berusia 41 tahun, merupakan sebahagian penting dalam sejarah Malaysia dan kisah perindustrian ekonomi negara dan perarakan Hari Kebangsaan adalah peluang keemasan untuk syarikat mempamerkan kemajuan yang telah dicapai sepanjang empat dekad.

Barisan 25 kereta syarikat akan merangkumi pelbagai model, bermula dari Proton Saga asal hingga Proton X70 2025, yang telah dilancarkan dua minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, sambil meraikan masa lalu syarikat, Proton juga prihatin untuk melihat ke masa hadapan industri automotif.

“Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk menyertakan Proton e.MAS 7 dalam barisan perarakan kami walaupun ia belum dilancarkan, untuk membolehkan orang awam melihat model EV pertama syarikat dengan lebih dekat.

“Disebabkan model ini bukan kenderaan pengeluaran akhir, ia akan dipamerkan dengan menggunakan motif penyamaran, tetapi dalam semangat Hari Kebangsaan, kami telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia,” katanya.

Selain penampilannya di perarakan, beliau berkata, aktiviti pengujian dan penyesuaian iklim untuk Proton e.MAS 7 semakin giat dijalankan.

Jelasnya, kereta ujian yang disamarkan sering kali dilihat oleh orang ramai kerana program pengujian ketahanan, pengecasan, pemanduan dan perisian terus dijalankan untuk memastikan EV nasional pertama Malaysia memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan masa depannya.

“e.MAS 7 bukan sahaja EV pertama Proto, tetapi ia juga merupakan model Proton pertama yang dibangunkan secara serentak dengan pasukan di Geely.

“Ini membolehkan masa pengeluaran yang lebih singkat untuk versi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan juga menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi serta perkongsian kos pembangunan.

“Bukti kejayaan akhir usaha ini adalah penerimaan pembeli di Malaysia dan pasaran eksport kami,” ujarnya.

Tambahnya, bagi memastikan hasil yang positif, setiap langkah dalam pembangunan, pemasaran, jualan, dan perkhidmatan selepas jualan bagi model ini telah diberi perhatian penuh oleh Proton. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya