PRISM+ lancar tiga Google TV pelbagai saiz - Utusan Malaysia

PRISM+ lancar tiga Google TV pelbagai saiz

Google TV baharu PRISM+
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama elektronik pengguna, PRISM+ melancarkan tiga variasi Google TV daripada bersaiz kecil dan mesra ruang hingga ke TV skrin besar untuk tontonan seisi keluarga.

Televisyen skrin besar, Q86 Ultra bersaiz 86 inci mempunyai panel QLED dan kadar penyegaran 120Hz, yang pasti akan membuatkan peminat permainan video teruja.

Ia juga menawarkan pengalaman sinematik yang hebat di rumah dengan sokongan Dolby Vision, Dolby Atmos, dan HDR10+. Dengan harga RM7,999, ia memang pelaburan yang berbaloi bagi mereka yang ingin membawa hiburan rumah ke tahap seterusnya.

PRISM+ juga memperkenalkan dua model baharu dalam siri S mereka iaitu S40 dan S43 yang dilengkapi dengan panel paparan 4K FHD DLED, teknologi HDR10 dan Dolby Audio, membolehkan penonton menikmati gambar yang terang, serta bunyi yang jelas dan kuat.

Harga untuk model ini juga sangat berpatutan, bermula dari RM1,199 untuk model 40 inci dan RM1,349 untuk model 43 inci, menjadikan siri S sebagai pilihan yang ideal bagi mereka yang inginkan TV berkualiti tinggi tetapi pada harga yang mampu milik.

Pengarah Negara PRISM+ Malaysia, Eric Kam berkata, PRISM+ komited menjadikan teknologi boleh diakses oleh pengguna.

“Pengenalan Siri S akan menjadi kali pertama kami memperkenalkan teknologi panel DLED, menyediakan alternatif mesra bajet kepada mereka yang mencari Google TV mesra ruang.

“Sementara itu, kami teruja untuk melancarkan Q86 Ultra, TV QLED 4K skrin besar 120Hz pertama kami untuk peminat yang ingin membawa hiburan rumah mereka ke peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan.

Salah satu kelebihan utama TV PRISM+ adalah integrasi Google TV yang memudahkan anda mengakses lebih daripada 700,000 filem dan episod TV daripada pelbagai aplikasi penstriman utama.

Untuk memastikan anda tidak ketinggalan rancangan kegemaran, PRISM+ menjalinkan kerjasama dengan penyedia kandungan popular seperti meWATCH, Viu, WeTV, dan Durioo+.

Melalui kerjasama ini, pemilik televisyen PRISM+ akan mendapat akses kepada pelbagai rancangan, drama dan filem yang menarik dengan percubaan percuma sehingga 12 bulan.

Ketiga-tiga model televisyen ini boleh didapati di kedai dalam talian rasmi PRISM+, serta platform seperti Lazada, Shopee, dan TikTok Shop. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN