Petronas tamat operasi di Sudan Selatan - Utusan Malaysia

Petronas tamat operasi di Sudan Selatan

MENARA Berkembar Petronas-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menamatkan operasinya di Sudan Selatan yang dikendalikan oleh anak syarikatnya, Petronas Carigali Nile Ltd (PCNL).

Menurut kenyataan, keputusan itu diambil susulan tempoh dua tahun inisiatif pelupusan, sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang Petronas di tengah-tengah perubahan persekitaran industri dan peralihan tenaga yang dipercepatkan.

“PCNL akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan berkaitan untuk memastikan peralihan yang lancar sambil mengambil kira hak pekerjanya, mengikut undang-undang yang terpakai, perjanjian petroleum serta dasar dan prosedur Petronas,” katanya.

Keputusan untuk keluar dari Sudan Selatan itu juga secara rasmi menandakan berakhirnya usaha Petronas selama lebih dua dekad di negara Afrika Timur yang berhadapan satu demi satu krisis itu.

Syarikat minyak dan gas negara itu juga bergelut dengan pemisahan Sudan Selatan daripada Republik Sudan pada 2011 selepas beberapa dekad konflik bersenjata yang mengorbankan lebih dua juta orang.

Perang saudara yang berterusan di Sudan Selatan antara dua puak bersenjata telah menyaksikan lebih 14,000 orang terkorban di negara itu, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Petronas juga mengumumkan bahawa ia tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam pusingan pelesenan minyak pertama Sudan Selatan pada 2011.

“Ini berdasarkan keadaan pasaran yang mencabar dan ia sedang menjalankan kajian semula strategik aset untuk memastikan portfolio syarikat kekal berdaya tahan dan berdaya maju secara komersial,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya