PBT TH Plantations melonjak 62% separuh pertama 2024 - Utusan Malaysia

PBT TH Plantations melonjak 62% separuh pertama 2024

HARGA jualan lebih tinggi produk sawit melonjakkan pendapatan TH Plantations pada suku ketiga tahun ini. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TH Plantations Berhad (THP), mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM52.6 juta untuk separuh pertama 2024, meningkat sebanyak 62 peratus berbanding RM32.4 juta yang dicatat pada tempoh sama tahun lepas.

Lonjakan PBT untuk suku pertama 2024 disumbangkan oleh pengeluaran buah tandan segar (BTS) yang lebih tinggi sebanyak 16 peratus, peningkatan jualan produk sawit (minyak sawit mentah (MSM) dan BTS) serta harga MSM yang lebih tinggi.

Keputusan kewangan yang memberangsangkan ini memberi keyakinan terhadap masa hadapan yang cerah untuk kejayaan Pelan Strategik lima tahun kumpulan, AL-Falah 22/22.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Zainurin Mohamed Zain berkata, prestasi syarikat akan terus didorong oleh Pelan Strategik lima-tahun THP yang dikenali sebagai AL-Falah 22/22.

Jelas beliau, pelbagai usaha untuk meningkatkan kecekapan operasi dan memperkukuh amalan agronomi yang baik di bawah AL-Falah 22/22 telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

‘Berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, keuntungan kasar meningkat sebanyak 90.6 peratus, Kadar Perahan Minyak (OER) meningkat kepada 19.11 peratus daripada 19.05 peratus dan Hasil BTS meningkat kepada 6.89 MT/ha daripada 5.89 MT/ha sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusinya, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din berkata, mekanisasi dan kecemerlangan dalam amalan agronomi adalah kecekapan teras bagi syarikat sawit dan hal ini telah diberi penekanan serta diluluskan oleh Lembaga Pengarah melalui AL-FALAH 22/22.

“Memandangkan PBT kumpulan untuk enam bulan pertama tahun ini sebanyak RM52.6 juta menghampiri PBT pada tahun kewangan 2023 sebanyak RM60.1 juta, kumpulan yakin bahawa prestasi untuk tahun kewangan 2024 akan kekal memuaskan, melainkan berlaku keadaan di luar jangkaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya