Pasaran saham serantau ditutup positif - Utusan Malaysia

Pasaran saham serantau ditutup positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi Bursa Malaysia dilihat positif berikutan komen daripada pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang jelas menunjukkan bahawa kadar faedah di AS bakal diturunkan pada bulan September.

Bursa Malaysia ditutup pada 1652.29 hari ini, naik 13.33 mata berbanding 1,639. 96 pada penutup Isnin.

Indeks dibuka tinggi pada 1639.16 mata.

Jumlah dagangan sebanyak 3.186 bilion unit bernilai RM3.198 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 640 berbanding 476 dengan 452 kaunter tidak berubah, 958 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, peningkatan penarafan oleh bank pelaburan global, Nomura daripada neutral kepada overweight juga dilihat memberi suatu suntikan keyakinan bahawa FBMKLCI berpotensi untuk terus mencatatkan kenaikan.

“Selang beberapa hari ini juga, pelabur asing dilihat mencatatkan belian bersih yang mana ia menunjukkan minat belian daripada pelabur asing di dalam pasaran saham tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN