Pasaran saham serantau ditutup bercampur-campur hari ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham serantau ditutup bercampur-campur hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasaran saham serantau ditutup bercampur-campur hari ini berikutan kebimbangan terhadap data pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) yang mana jangkaan semakan semula terhadap data tersebut bakal menunjukkan pasaran buruh di AS adalah lemah, kata penganalisis.

Bursa Malaysia ditutup rendah pada penghujung dagangan hari ini pada 1,635.32, turun 7.45 mata berbanding 1,642.77 pada penutup Selasa.

Indeks dibuka tinggi pada 1649.56 mata.

Jumlah dagangan sebanyak 3,279 bilion unit bernilai RM2,900 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 573 berbanding 508, dengan 502 kaunter tidak berubah, 897 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan sebanyak 3.193 bilion unit bernilai RM2. 748 bilion.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, berkata perkara ini seolah-olah menandakan ekonomi AS adalah lembap dan menyebabkan keperluan bagi pihak Fed untuk mengurangkan kadar faedah dengan lebih agresif lagi.

“Disamping itu, peserta pasaran juga sedang menunggu ucapan oleh pengerusi Fed pada Jackson Hole Symposium pada hari Jumaat ini bagi melihat isyarat kepada jangkaan pemotongan kadar faedah pada bulan September ini.

“Justeru itu, indeks FBMKLCI dilihat merosot disebabkan ketidakpastian terhadap momentum pertumbuhan ekonomi AS yang mana sebelum ini terdapat cakap-cakap berkenaan jangkaan kemelesetan ekonomi di AS,” katanya.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun -111.12 mata kepada 37,951.80 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.17 peratus atau 4.50 mata kepada 2,701.13, manakala, indeks Indonesia naik 0.36 peratus kepada 7,560.82.

Dalam pada itu, indeks STI Singapura pula menurun -2.85 mata kepada 3,367.21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya