Otis Malaysia lancar Lif Gen3 Digital - Utusan Malaysia

Otis Malaysia lancar Lif Gen3 Digital

PRADEEP Nair (tengah) bersama, Pengarah Urusan, Otis Elevator, Asia Tenggara, Grant Mooney (dua dari kanan), Pengarah Perniagaan Peralatan Baru, Otis Elevator, Malaysia & Brunei, Farhan Javed (kiri) Pengarah Kanan, Jualan dan Pemasaran, Otis Elevator, Asia Tenggara, Daniel Counsell (dua dari kiri) dan Ketua Jualan Peralatan Baru, Otis Elevator, Malaysia & Brunei, Hoe Weng Kwok (kanan) selepas menunjukkan demo lif Gen3 Digital, di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Otis Worldwide Corporation (OTIS), merupakan pengeluar lif, eskalator, dan laluan pejalan kaki bergerak terkemuka di dunia memperkenalkan platform lif Gen3 ketersambungan dengan menggunakan platform digital era internet kebendaan (IoT).

Lif Gen3 juga telah dilancarkan beberapa negara di Asia Tenggara, seperti Indonesia, Thailand, Malaysia dan bakal menyusul di Vietnam tidak lama lagi.

Pengurus Besar Otis Malaysia dan Brunei, Pradeep Nair berkata, lif Gen3 tersedia dengan pilihan bilik mesin dan tanpa bilik mesin untuk memenuhi pelbagai kegunaan bangunan, termasuk kediaman, komersial, hospitaliti, perubatan dan industri.

“Kami komited menyokong pelanggan dengan platform lif Gen3 dan dapat mengintegrasikan dengan lancar ke dalam ekosistem bangunan.

“Ia menyediakan penumpang dengan tahap ketersambungan baru dan pengalaman menaiki lif yang luar biasa,” katanya semasa pelancaran lif Gen3, di sini semalam.

Jelasnya, platform digital IoT Otis ONE membolehkan komunikasi yang proaktif dengan pemantauan kesihatan dan prestasi peralatan 24 jam dalam masa nyata.

“Maklumat ini tersedia serta-merta melalui portal dan aplikasi memberi pelanggan gambaran yang jelas tentang portfolio lif mereka dan menguruskan prestasi dengan lebih baik.

“Peningkatan pemantauan kesihatan peralatan membolehkan pakar Otis menjalankan campur tangan dari jarak jauh dengan mengenal pasti masalah yang mungkin timbul serta alat ganti yang diperlukan untuk pembaikan lebih awal, memastikan lif dapat kembali berfungsi dengan cepat,” katanya.

Sementara itu, Pradeep Nair berkata, penggunaan Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) berasaskan awan (cloud-based) yang membolehkan integrasi mudah dengan perisian pengurusan bangunan, robot autonomi, alat dan perkhidmatan lain menjadikan bangunan lebih cekap.

“Salah satu ciri utama adalah paparan Otis eView menyediakan hiburan kepada penumpang, termasuk maklumat bangunan, cuaca, berita dan video. Dalam situasi kecemasan, penumpang boleh berhubung dengan pusat sokongan pelanggan OTISLINE 24 jam melalui video chat, sekali gus memberikan ketenangan tambahan.

“Selain itu, teknologi Compass 360 pula membantu mempercepatkan perjalanan lif dengan mengumpulkan penumpang yang menuju ke destinasi yang sama dan memendekkan masa perjalanan hingga 50 peratus pada waktu puncak,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, aplikasi Otis eCall Plus yang digunakan kini membolehkan penumpang memanggil lif dan memilih destinasi melalui telefon pintar serta menghilangkan keperluan untuk menekan butang lif.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen Otis terhadap kelestarian, lif Gen3 dilengkapi dengan pemacu Otis ReGen, lampu diod pancaran cahaya (LED) dan mod tidur yang mengurangkan penggunaan tenaga dan jejak karbon.

“Reka bentuk kabin yang moden dan diperibadikan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan penumpang, dengan lebih daripada 400,000 kombinasi reka bentuk tersedia. Panel kawalan lif Otis PURE pula menampilkan reka bentuk kaca estetik.

“Penulen Udara Kabin Otis juga dilengkapi teknologi pengionan bipolar untuk mengurangkan bakteria dan virus bawaan udara dalam lif,” ujarnya.

Tambahnya, platform itu jelas menunjukkan komitmen Otis menyampaikan pengalaman penumpang yang lebih selamat, pantas dan mampan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya