Northport catat rekod baharu jumlah kendalian kontena - Utusan Malaysia

Northport catat rekod baharu jumlah kendalian kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd (Northport), telah mencatatkan rekod baharu mengendalikan jumlah kontena bulanan tertinggi sebanyak 354,548 TEU (unit bersamaan 20 kaki) mengatasi rekod sebelumnya, 335,361 TEU yang dicatat hanya dua bulan lalu iaitu pada Mei 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, segmen perniagaan kargo konvensional Northport turut mencatatkan prestasi bulanan tertingginya dengan pengendalian sejumlah 1,143,318 FWT (Freight Weight Tonnes), mengatasi rekod sebelumnya iaitu 1,129,145 FWT yang dicatatkan pada Oktober 2023.

“Kejayaan berterusan dalam memecahkan rekod prestasi kami adalah manifestasi daya tahan dan kebolehsuaian Northport dalam menghadapi cabaran global.

“Situasi geopolitik yang berlanjutan terus memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa, dan kami telah meletakkan diri sebagai alternatif yang boleh dipercayai untuk syarikat-syarikat perkapalan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Azman Shah, prestasi pecah rekod pada bulan Julai boleh dikaitkan dengan beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam singgahan kapal ad-hoc, di mana Northport telah mengendalikan sejumlah 159 singgahan ad-hoc tahun ini.

Jelasnya, dengan bermulanya perkhidmatan perkapalan baharu beberapa bulan kebelakangan ini serta produktiviti tinggi yang konsisten hasil daripada pelaburan infrastruktur yang lebih baik telah turut menyumbang kepada pengendalian kontena dan kargo yang lebih tinggi.

“Bagi tujuh bulan pertama 2024, Northport telah mengendalikan sejumlah 2,076,148 TEU kontena, iaitu peningkatan ketara sebanyak 16.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun
lalu.

“Dalam segmen perniagaan kargo konvensional, Northport telah mengendalikan 7,029,007 FWT setakat ini, iaitu pertumbuhan 10.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023,” katanya.

Menurut beliau, pencapaian tersebut meletakkan syarikat pada landasan yang kukuh untuk berpotensi melepasi pengendalian kontena tahunan tertinggi sepanjang masa sebanyak 3,324,364 TEU yang dikendalikan pada tahun 2021 dan rekod pengendalian kargo konvensional tertinggi sebanyak 11,405,312 FWT yang dicatatkan pada tahun 2023.

“Pencapaian terbaharu ini adalah bukti kerja keras dan dedikasi seluruh pasukan serta kepercayaan dan sokongan berterusan daripada rakan kongsi dan para pelanggan kami.

“Kami akan terus komited untuk meningkatkan keupayaan dan perkhidmatan kami bagi memenuhi permintaan dan keperluan industri perkapalan yang
semakin meningkat,” katanya.

Northport terus memainkan peranan penting dalam sektor maritim di Malaysia dengan membuktikan keupayaannya beradaptasi dengan dinamik perdagangan global dan mengekalkan standard kecemerlangan operasi yang tinggi secara konsisten.

Northport akan terus kekal fokus kepada pertumbuhan dan inovasi yang mampan dalam mengharungi cabaran dan peluang yang terhidang pada separuh kedua 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya