Ninja Van tawar produk UPS di Malaysia - Utusan Malaysia

Ninja Van tawar produk UPS di Malaysia

PENGARAH Urusan Kanan UPS Malaysia, Ingrid Sidiadinoto (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Lin Zheng (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian menandakan permulaan perkongsian mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ninja Van Malaysia bekerjasama bersama UPS, sebuah syarikat pengangkutan dan pengurusan rantaian bekalan global terkemuka, yang menjadikan mereka sebagai penjual sah bagi produk-produk UPS yang tertentu di Malaysia melalui perkhidmatan runcitnya.

Melalui kerjasama tersebut, pelanggan di Malaysia kini boleh mengakses perkhidmatan Worldwide Express dan Express Saver UPS di setiap 52 cawangan milik Ninja Van Malaysia di seluruh Lembah Klang.

Pelanggan juga boleh mencari lokasi Ninja Van terdekat melalui pencari lokasi drop-off UPS di ups.com.

Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Lin Zheng berkata, melalui kerjasama ini, pihaknya nekad untuk menawarkan kemudahan dan capaian lebih besar bagi perniagaan dan pelanggan.

“Kami percaya bahawa kerjasama ini bukan sahaja akan meningkatkan portfolio perkhidmatan kami, tetapi juga mengukuhkan dedikasi kami dalam memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah melalui penyelesaian penghantaran yang cekap dan boleh dipercayai,” katanya dalam kenyataan.

UPS Worldwide Express adalah satu perkhidmatan yang menjamin penghantaran seawal 10 pagi, manakala UPS Express Saver adalah satu perkhidmatan yang menjamin penghantaran pada akhir hari.

Kedua-duanya menawarkan penghantaran ke seluruh Asia Pasifik seawal hari bekerja berikutnya dan ke seluruh dunia dalam masa sekurang-kurangnya dua hari bekerja.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kanan UPS Malaysia, Ingrid Sidiadinoto berkata, pengumuman ini sangat menarik kerana ia memberikan perniagaan di Malaysia akses yang lebih cepat dan mudah kepada rangkaian penghantaran global UPS.

“Penyelidikan kami menunjukkan bahawa sebuah perniagaan kecil yang mengeksport kepada lebih banyak negara, semakin cepat pertumbuhan pendapatannya. Oleh itu, mencapai pelanggan baharu di luar negara memberikan peluang yang besar.

“Tetapi ketika perdagangan global kelihatan tidak menentu, perniagaan memerlukan rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk membantu mereka menubuhkan rantaian bekalan yang kuat, berfokus kepada rantaian bekalan.

“Kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk menyediakan pengalaman logistik yang lengkap, dengan pengalaman logistik dari hujung ke hujung dan rakan kongsi seperti Ninja Van Malaysia adalah rakan yang penting dalam hal ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN