Modenas lancar logo, identiti jenama baharu - Utusan Malaysia

Modenas lancar logo, identiti jenama baharu

ROSLAN Roskan (kiri) dan Syed Faisal Albar (dua dari kiri) bersama Pengarah Kanan Industri MITI Bahagian Pembangunan, Faizal Mohd Yusof (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Institut Robotik & Iot Automotif Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz (dua dari kanan), Pengarah Kanan Industri MITI Bahagian Pembangunan, Faizal Mohd Yusof (dua dari kanan) dan juga Ketua Pemasaran Pegawai Modenas, George Kashiwagi (kanan) ketika pelancaran logo baharu Modenas dan model Kriss 110, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas), anak syarikat DRB-Hicom Berhad (DRBHCOM) melancarkan logo dan identiti jenama baharu menandakan aspirasi berani masa depan yang memberi tumpuan kepada pengembangan global, teknologi baharu dan penyelesaian yang lebih bersih.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata, logo baharu itu diinspirasikan oleh simbol ikonik “M” Modenas dalam gaya moden ysemala berani dan menggambarkan ketepatan serta identiti baharu.

“Kami mengekalkan warna biru dan putihnya, namun dikemas kini dengan varian kelabu dan platinum Modenas.

“Kami telah membina asas yang kukuh di Malaysia, tetapi kami berhasrat meluaskan cita-cita ini untuk merentasi sempadan negara.

“Industri mobiliti kini sedang berkembang pesat, didorong oleh keperluan mendesak untuk peralihan tenaga dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelestarian alam sekitar.

“Dengan ini, visi baharu kami akan membawa keseronokan yang menghubungkan orang dan komuniti dengan menyediakan nilai, teknologi serta produk lestari di peringkat global,” katanya ketika Majlis Pelancaran Logo dan Identiti Jenama Baharu, di sini semalam.

Beliau berkata, kerjasama strategik Modenas dengan pengeluar global telah memudahkannya melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa yang lain.

“Pasaran antarabangsa ini juga, termasuk Greece, Amerika Selatan, Rusia, Thailand, dan yang terbaru ke China pada tahun 2024 dengan pengeksportan Kawasaki ZX-6R yang dipasang dalam negara.

“Kami bekerjasama strategik bersama, anataranya Kawasaki Motors Ltd. (KMC), Kwang Yang Motor Co., Ltd. (Kymco) dari Taiwan, dan Bajaj Auto Limited (BAL) dari India.

“Modenas juga secara aktif sedang membentuk masa depan yang lebih lestari, selaras dengan komitmen baharunya menghasilkan lebih banyak motosikal berteknologi mesra alam, katanya.

Tambahnya, strategi itu telah pun menunjukkan hasil, seperti dilihat dalam pembekalan motosikal elektrik MEV-1 kepada Pos Malaysia sejak 2023 yang menyokong misi net zero kurier negara tersebut.

“Selari dengan wawasan kami memacu ke hadapan, kami kekal komited kepada asal usul dan sejarah dan bersiap siaga untuk mengorak ke masa hadapan dengan tangan terbuka,” katanya.

Dalam majlis sama, Modenas turut memperkenalkan varian baharu Modenas Kriss 110 yang mesra alam dan merupakan model Kriss pertama memenuhi piawaian pelepasan Euro 4 yang ketat.

Roslan berkata, model itu mempamerkan komitmen Modenas terhadap kelestarian dan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar global.

“Ini juga menandakan pasaran yang lebih luas bagi Modenas ke arah Inisiatif yang lebih besar untuk memperkenalkan lebih banyak varian mesra alam pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad dan Pengerusi Modenas, Tan Sri Syed Faisal Albar berkata, model Kriss 110 merupakan model pertama jenama itu yang bakal menggunakan logo terbaharu mereka.

“Berada dalam bulan kemerdekaan, adalah sesuai untuk Modenas Kriss 110 menjadi motosikal pertama yang memakai logo baharu ini.

“Kriss 110 merupakan model pertama yang dihasilkan oleh Modenas dan telah diperkenalkan kepada umum semasa Perarakan Hari Kebangsaan. Ini berlaku hampir tiga dekad yang lalu, iaitu pada tahun 1996,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya