MKH Oil Palm catat untung bersih RM16 juta pada suku ketiga 2024 - Utusan Malaysia

MKH Oil Palm catat untung bersih RM16 juta pada suku ketiga 2024

Tan Sri Alex Chen Kooi Chiew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MKH Oil Palm (Kalimantan Timur) Berhad (MKHOP), sebuah syarikat perladangan minyak sawit huluan di Indonesia, mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM16.10 juta dengan hasil sebanyak RM93.28 juta untuk suku ketiga berakhir pada 30 Jun 2024.

Pendapatan sesaham adalah sebanyak RM2.09 untuk suku tahun tersebut.

Menurut kenyataan, selain daripada kecekapan operasi yang berterusan yang dilaksanakan oleh syarikat, prestasi cemerlang ini juga didorong oleh jualan produk minyak sawit mentah dan isirung sawit.

“Tiada angka perbandingan suku tahunan, memandangkan syarikat baru sahaja disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia) pada 30 April tahun ini.

“Untuk suku tahun ini, harga purata CPO per metrik tan (MT) adalah RM3,658, manakala harga purata PK per MT adalah RM1,890,” katanya.

Dari segi kewangan, jelasnya, MKHOP hampir tiada hutang dan berada dalam kedudukan tunai bersih.

“Pada 30 Jun 2024, syarikat mempunyai simpanan tunai sebanyak RM199.65 juta. Kekuatan kewangan syarikat ini turut disokong lagi oleh aset bersih sesaham yang boleh diagihkan kepada pemegang saham pada 56 sen, bagi suku tersebut.

“Bagi sembilan bulan yang berakhir 30 Jun 2024, MKHOP mencatatkan keuntungan bersih kumulatif sebanyak RM43.21 juta dengan hasil sebanyak RM261.63 juta melebihi

Sementara itu, Pengerusi MKHOP, Tan Sri Alex Chen Kooi Chiew berkata, prospek kumpulan untuk tahun kewangan itu kekal disokong dengan permintaan pasaran kukuh untuk CPO.

“Ini yang telah diperdagangkan pada kira-kira RM3,650/MT (harga bersih daripada levi eksport dan duti eksport) di Indonesia.

“Kami berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan dalam pasaran minyak makan global dan industri minyak sawit di Indonesia kerana terdapat permintaan yang meningkat untuk minyak dan lemak makan global.

“Dengan kedudukan tunai yang kukuh, kami juga aktif mencari tanah perladangan kelapa sawit baharu untuk mengembangkan tanah dan hasil kami.”
“Berdasarkan perkara di atas, kami optimis mengenai prospek dan masa depan kumpulan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 30 September 2024,” katanya.

Dalam pengumuman berasingan pada 16 Ogos 2024, MKHOP telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa syarikat sedang memohon kelulusan pemegang saham di EGM yang akan datang pada 10 September 2024, untuk membeli tidak lebih daripada lima peratus daripada jumlah saham terbitan pada bila-bila masa.

Kelebihan cadangan itu, termasuk menstabilkan harga saham MKHOP dan membolehkan MKHOP menggunakan lebihan sumber kewangan syarikat dengan lebih cekap, menghasilkan struktur modal yang lebih efisien. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya