LTAT lantik Haizad Rizal sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu - Utusan Malaysia

LTAT lantik Haizad Rizal sebagai Ketua Pegawai Kewangan baharu

HAIZAD RIZAL A AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melantik Haizad Rizal A. aziz sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Haizad Rizal membawa lebih daripada 22 tahun pengalaman yang cemerlang dalam pengurusan kewangan dan kepimpinan strategik merentasi pelbagai industri.

Beliau telah memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan di Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sebelum ini, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Sime Darby Oils dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di Kumpulan SME Bank dari 2016 hingga 2024.

Ketua Eksekutif LTAT, Ashraf Radzi berkata, pelantikan itu mencerminkan komitmen teguh pihaknya terhadap pengurusan kewangan dan tadbir urus yang cemerlang.

Ujarnya, kepakaran Haizad akan memainkan peranan penting dalam membawa LTAT ke arah tadbir urus operasi yang berintegriti dan kemajuan yang berterusan.

“Kami yakin kepimpinannya akan memperkukuh misi kami untuk memastikan pengurusan kewangan yang bijak, selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan semasa pelancaran Garis Panduan Pengurusan dan Tadbir Urus Badan Berkanun Persekutuan baru-baru ini.

“Kepimpinannya juga akan mengukuhkan komitmen kami terhadap kesejahteraan Anggota Angkatan Tentera Malaysia dan menyediakan perlindungan sosial secara menyeluruh kepada mereka yang berkhidmat demi negara kita,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya