Lembaga Pematuhan Audit SC denda Grant Thornton, Heizrin RM150,000 - Utusan Malaysia

Lembaga Pematuhan Audit SC denda Grant Thornton, Heizrin RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan denda sebanyak RM150,000 dan RM37,500 ke atas Grant Thornton Malaysia PLT (GTM) dan rakan kongsi auditnya, Mohamad Heizrin Sukiman (Heizrin) kerana gagal mematuhi keperluan penggiliran rakan kongsi.

SC dalam kenyataan berkata, Heizrin telah melanggar keperluan utama Undang-undang Kecil Institut Akauntan Malaysia (Mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan Profesional) (Undang-undang Kecil MIA) ketika tempoh peralihan Undang-undang Kecil MIA yang telah disemak.

“Heizrin merupakan rakan kongsi penglibatan dan penyemak kualiti tugasan dalam audit entiti berkepentingan awam (PIE) dari tahun 2013 hingga 2017.

“Berikutan itu, beliau dikehendaki melalui tempoh bertenang sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.

“Walau bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian dan telah terlibat dalam audit PIE
tersebut selama lebih tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan.

Menurut SC, Undang-undang Kecil MIA menetapkan bahawa rakan kongsi tugasan audit tidak boleh terlibat dalam tugasan audit untuk tempoh lebih daripada tujuh tahun berturut-turut untuk memastikan kebebasan audit.

“AOB memandang serius pelanggaran itu kerana kebebasan juruaudit dan pematuhan
piawaian etika adalah keperluan penting untuk profesion audit.

“GTM gagal memenuhi objektif kualiti Piawaian Antarabangsa tentang Pengurusan Kualiti
(ISQM) 1 seperti yang diterima pakai oleh MIA, khususnya mengenai ketidakpatuhan terhadap keperluan etika yang relevan, termasuk yang berkaitan dengan kebebasan (iaitu Undang-undang Kecil MIA),” katanya.

SC berkata, GTM dan Heizrin telah membuat rayuan kepada SC terhadap tindakan penguatkuasaan AOB.

“SC telah mendengar rayuan tersebut dan selepas melalui proses yang sewajarnya, telah mengesahkan keputusan AOB,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN