Kotex bangunkan teknologi tuala wanita - Utusan Malaysia

Kotex bangunkan teknologi tuala wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama pro­duk kebersihan haid, Kotex Malaysia terus komited dalam membangunkan teknologi tuala wanita dengan memperkenalkan teknologi kusyen belakang berevolusi melalui produk terbaharunya, Kotex Total Protection.

Produk baharu itu mampu memberikan perlindungan kepada kebocoran belakang sehingga 100 peratus semasa haid pada waktu malam.

Pengurus jenama Kotex Malaysia, Michelle Chin berkata, pasukannya mengambil masa sehingga hampir dua tahun untuk menjalankan penyelidikan dan kajian dalam usaha membangunkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan.

“Hasil kajian kami tentang pandangan pengguna, kami mendapati bahawa mencegah haid atau kebocoran belakang pada waktu malam kekal di atas keutamaan bagi wanita dalam tempoh mereka dan perlu ditangani.

“Selepas penyelidikan meluas, pasukan inovasi kami membangunkan teknologi AntiLeak Back Cushion, yang bertindak sebagai pengawal untuk men­cegah kebocoran belakang.

“Teknologi itu telah diuji di makmal dan terbukti menawarkan perlindungan hingga 100 peratus terhadap kebocoran seperti itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Jelas Michelle, Kotex telah berunding bersama pakar perubatan mengenai kepentingan tidur dan mendapati bahawa ia penting untuk mengurus sindrom prahaid (PMS) dan haid, kerana ia membantu menstabilkan hormon.

Dalam perkembangan lain, Kotex juga telah bekerjasama dengan Watsons untuk meningkatkan tahap kebersihan haid dalam kalangan wanita kurang berkemampuan selain memastikan mereka mendapat akses kepada tuala wanita tanpa mengira status.

“Setiap pembelian produk itu, Kotex akan menyumbangkan sekotak tuala wanita kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

“Kami bukan sekadar melawan stigma tetapi mengambil satu tindakan yang memperjuangkan hak wanita Malaysia dan menjaga kebajikan mereka secara langsung,” katanya.

Jelas Michelle, Kotex juga sangat berbangga kerana usaha kolektif itu diiktiraf di Anugerah Kelestarian dan CSR 2024.

“Kami dinobatkan sebagai syarikat terbaik tahun ini dalam usaha untuk mempromosikan kesihatan wanita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya