PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) berjaya meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan sihat dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) di Lembah Klang menerusi Kempen Smart Umami Wheels Roving Truck.
Kempen yang berlangsung dari 9 Julai hingga 5 Ogos yang diadakan di universiti awam dan swasta itu memperkenalkan konsep makanan rendah sodium yang tetap lazat dan menyihatkan.
Menurut kenyataan, sepanjang kempen selama tiga minggu itu, trak bergerak Smart Umami Wheels menjadi tarikan utama dengan mempromosikan penggunaan Penambah Perasa Umami AJI-NO-MOTO®️ dalam masakan.
“Inisiatif ini bertujuan untuk mengajar golongan muda tentang pentingnya amalan pemakanan sihat dari usia muda tanpa mengorbankan rasa.
“Pengunjung yang menyertai kempen ini berpeluang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti interaktif seperti permainan dan mesin Gashapon, di mana mereka boleh memenangi hadiah eksklusif seperti lanyard, baju-T besar, pin dan magnet peti sejuk.
“Aktiviti-aktiviti ini menjadikan kempen ini bukan sahaja informatif tetapi juga menyeronokkan,” katanya.
Di samping itu, katanya, pengunjung turut diberi peluang untuk mencuba hidangan unik seperti Nasi Lemak Sushi dan Mini Chicken Vegetable Quiche.
“Hidangan-hidangan ini disediakan menggunakan kaedah Smart Salt yang menggantikan sebahagian garam dengan AJI-NO-MOTO, sekali gus mengurangkan pengambilan sodium hingga 40 peratus.
“Ini membuktikan bahawa makanan rendah sodium masih boleh kekal enak,” katanya.
Selain itu, kempen itu juga menampilkan teknologi Augmented Reality (AR) yang membolehkan pengunjung merakam momen dengan pelbagai filter menarik untuk dikongsi di Instagram.
“Mereka yang mengikuti akaun Instagram @ajinomotomyfoodie juga berpeluang menebus hadiah menarik.
“Kejayaan kempen ini telah menetapkan standard baharu dalam mempromosikan amalan pemakanan sihat di Malaysia.
“Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap lebih ramai akan terus mengamalkan pemakanan sihat dengan rendah sodium dalam kehidupan harian,” katanya. – UTUSAN