Kejatuhan pasaran saham bersifat sementara - Utusan Malaysia

Kejatuhan pasaran saham bersifat sementara

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejatuhan pasaran saham tempatan pada Jumaat dan awal minggu ini dilihat hanya bersifat sementara, kesan daripada pembetulan kepada kedudukan perdagangan pelabur sebagai respons daripada perkembangan terbaharu di Amerika Syarikat (AS).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kejatuhan tersebut turut berlaku merentasi pasaran-pasaran lain di seluruh dunia.

“Ada beberapa perkembangan yang berlaku, kita nampak unjuran di AS kadar pengangguran sedikit tinggi dan tahap keyakinan menurun, jadi dijangka AS akan memotong kadar faedah.

“Kita juga lihat pelabur akan menempatkan semula kedudukan perdagangan yang telah diambil sebelum ini. Ini bersifat jangka pendek, kadang-kadang lebihan pembetulan akan berlaku dan kita nampak hari ini Bursa Malaysia sudah kembali naik.

“Ekonomi sebenar adalah yang paling penting dan dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia memang kuat, kita di landasan baik dan insha-Allah akan terus berkembang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan KWAP Inspire 2024 di sini.

Petunjuk utama Bursa Malaysia, FBM KLCI menyaksikan kejatuhan besar pada Isnin untuk mencecah 1,532.24 mata selepas ditutup pada 1,611.05 pada Jumaat, susulan kebimbangan bahawa AS berkemungkinan menuju kemelesetan yang mencetuskan penghindaran risiko besar-besaran.

Pada pukul 11 pagi, FBM KLCI merekodkan peningkatan 1.43 peratus untuk mencapai 1,557.90. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN