ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menerima pelaburan berjumlah kira-kira RM1 bilion menerusi pembukaan kilang syarikat pembuatan perkakas perubatan dari Amerika Syarikat, Insulet Corporation. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, pembukaan kilang Insulet Malaysia itu melibatkan tanah berkeluasan 400,000 kaki persegi. Katanya, pembukaan kilang berteknologi moden itu di negeri ini selari dengan hasrat menjadikan Johor sebuah pemain industri sektor teknologi. “Pelaburan ini adalah hasil kerjasama antara syarikat terlibat dan juga agensi kerajaan Malaysia dan Singapura. Walaupun inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya