INSP MIHAS dijangka tarik 250 pembeli asing - Utusan Malaysia

INSP MIHAS dijangka tarik 250 pembeli asing

MOHD. Mustafa Abdul Aziz berucap di Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) tahun lalu, yang diadakan bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan menjadi tuan rumah kepada beberapa pembeli antarabangsa terbesar di dunia semasa Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd. Mustafa Abdul Aziz berkata, INSP MIHAS 2024 akan menampilkan sekitar 250 pembeli antarabangsa, termasuk 20 pembeli premium dari kira-kira 40 negara.

“Rangkaian perdagangan global kami yang terdiri daripada 49 pejabat perdagangan telah berjaya memastikan penyertaan pembeli antarabangsa terkemuka, yang menonjolkan kepentingan semakin meningkat acara ini dalam pasaran Halal global.

“Sejumlah 250 pembeli antarabangsa termasuk mereka dari Eropah, Asia Selatan, China dan Asia Timur Laut, Asia Tengah dan Amerika.

“Dalam kes 20 pembeli premium, mereka mewakili gergasi industri seperti pasar raya besar dan peruncit dengan rangkaian kedai di seluruh negara seperti Amerika Syarikat (USA), India, United Kingdom, Taiwan, Hong Kong, Kazakhstan dan Uzbekistan,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, pembeli-pembeli ini secara kolektif menjana pendapatan lebih daripada AS$60 bilion (kira-kira RM263.97 bilion) pada 2023.

“Penyertaan 250 pembeli antarabangsa ini dijangka menghasilkan nilai sumber yang berpotensi melebihi RM1 bilion.

“Urus niaga perniagaan ini akan memberi kesan yang signifikan kepada ekonomi domestik kerana antaranya ia boleh menyokong pengeksport dalam mencipta peluang pekerjaan.

“Acara ini dijangka menganjurkan sejumlah besar sesi padanan perniagaan, memupuk perkongsian baharu dan memperluaskan akses pasaran untuk perniagaan Malaysia dan dijangka memfasilitasi sekurang-kurangnya 2,500 sesi padanan perniagaan,” katanya

Mohd. Mustafa menekankan kepentingan strategik INSP MIHAS 2024 dalam mengukuhkan hubungan perdagangan antarabangsa, memperluaskan akses pasaran untuk perniagaan Malaysia dan menyumbang kepada pembangunan rantaian bekalan global yang mampan.

“Ia mewakili komponen kritikal dalam usaha kami untuk meletakkan Malaysia sebagai pemain utama dalam ekosistem halal antarabangsa,” katanya.

Untuk rekod, edisi INSP 2023 mencatatkan jualan sebanyak RM1.31 bilion daripada pembeli asing dari 44 negara.

Format hibrid yang menggabungkan sesi eBizMatch maya dengan acara fizikal, terbukti sangat berkesan dalam menghubungkan penjual Malaysia dengan pembeli antarabangsa. I

Selain itu, INSP maya yang dianjurkan pada 2023 menyaksikan penyertaan daripada 344 penjual Malaysia dan 270 pembeli asing dari 44 negara, manakala acara fizikal menarik 469 penjual Malaysia dan 231 pembeli asing termasuk 11 pembeli premium. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya