PETALING JAYA: Indeks FBMKLCI rata-ratanya dilihat meningkat seiring dengan pasaran saham serantau.
Pada pukul 5 petang, FBM KLCI naik 2.83 mata kepada 1612.35 daripada 1,607.33 pada Selasa.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 523 berbanding 473, dengan 446 kaunter tidak berubah, 950 tidak diniagakan.
Jumlah dagangan sebanyak 3.405 bilion unit bernilai RM2.26 bilion.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun meningkat 209.92 mata, atau 0.58 peratus, kepada 36,442.43 ketika berita ini ditulis.
Bagi Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.88 peratus atau 23.00 mata kepada 2,644.50 dan indeks Indonesia pula, meningkat 1.18 peratus kepada 7.443,267.
Indeks STI Singapura meningkat 0.72 peratus atau 23.42 mata kepada 3,281.31.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata, sentimen pasaran dilihat positif berikutan situasi kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) yang sedang menurun.
Justeru, kadar inflasi yang sedang menurun di AS dilihat menguatkan lagi hujah bahawa kadar faedah di AS bakal diturunkan. – UTUSAN