ICMLP 2024: Meja bulat pertemuan pemain industri logistik maritim, pelabuhan dari seluruh dunia - Utusan Malaysia

ICMLP 2024: Meja bulat pertemuan pemain industri logistik maritim, pelabuhan dari seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bermula 3 September ini akan berlangsungnya Persidangan Antarabangsa Logistik Maritim dan Pelabuhan (ICMLP) 2024 yang menemukan prlbagai pemain industri, antaranya pemimpin pemikiran, pakar industri dan juga inovator dari seluruh dunia.

Bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pastinya akan menjadi platform bagi para peserta bertukar idea dalam merancakkan sistem logistik maritim yang merupakan teraju ekonomi negara hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, persidangan tersebut dianjurkan oleh Netherlands Maritime University College (NMUC) dengan kerjasama Institut Latihan Pelabuhan (PTI) daripada Akademi Sains, Teknologi, dan Pengangkutan Maritim Arab (AASTMT), STC International, MY Iskandar Sdn Bhd (MISB) serta Institut Berkanun Logistik dan Pengangkutan (CILT).

Sepanjang tiga hari berlangsung, pelbagai program seperti pembentangan, perbincangan bersama panel dan sesi interaktif yang membincangkan cabaran dan peluang dalam bidang maritim merupakan fokus utama yang akan diketengahkan.

Selain merangkumi tema-tema penting seperti pasaran baharu dalam pembangunan pelabuhan, undang-undang maritim, pengurusan risiko dalam maritim dan logistik, pelabuhan pintar, penghantaran hijau, pembinaan kapal dan keselamatan siber juga akan dibincangkan.

“Perbincangan juga merangkumi perkara berkaitan pengurusan rantaian bekalan digital, eksploitasi sumber laut yang lestari, tadbir urus yang bertanggungjawab secara sosial dalam logistik, kepelbagaian budaya di bandar pelabuhan, logistik kemanusiaan dalam tindak balas bencana, pendidikan dan latihan untuk profesional maritim,” katanya.

Kenyataan tersebut menerangkan, penceramah akan membentangkan pelbagai perkara dalam industri berkenaan, selain berkongsi pandangan dengan peserta melalui sesi berinteraksi.

“Acara ini menekankan inovasi, kerjasama dan kemajuan pengetahuan dalam logistik maritim dan pengurusan pelabuhan serta menggariskan kepentingan logistik yang cekap, lestari selain berdaya tahan untuk perdagangan global, pertumbuhan ekonomi dan keterhubungan dalam landskap teknologi serta geopolitik yang berkembang pesat,” ujarnya.

Sementara itu, peserta juga boleh menantikan lawatan pelayaran khas di Tasik Putrajaya yang menggabungkan masa santai dengan rangkaian bersama pakar industri yang terbaik dan berpengalaman.

“ICMLP 2024 menjemput para pempamer untuk mempersembahkan produk atau perkhidmatan mereka serta mengalu-alukan penaja untuk menyokong acara berprestij ini.

“Ia dapat memberi peluang unik kepada syarikat untuk meningkatkan keterlihatan mereka, berinteraksi dengan pemimpin industri yang berpengaruh dan menjalin hubungan yang berharga dengan pihak berkepentingan utama dalam sektor maritim, sekali gus meletakkan diri mereka di barisan hadapan dalam kemajuan industri,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web di icmlp.nmuc.edu.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya