Hartalega raih untung bersih RM32 juta pada suku pertama - Utusan Malaysia

Hartalega raih untung bersih RM32 juta pada suku pertama

HARTALEGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hartalega Holdings Berhad (Hartalega) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) berjumlah RM32 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2024 berbanding kerugian bersih RM52.5 juta pada suku sama tahun lepas.

Hasil meningkat sebanyak 33 peratus kepada RM584 juta daripada RM440 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Menurut kenyataan, prestasi kumpulan yang memberangsangkan bagi suku tahun dalam tinjauan terutamanya disebabkan oleh pemulihan dalam jumlah jualan dan peningkatan purata harga jualan (ASP) dalam tempoh tersebut. 

“Keuntungan disokong selanjutnya oleh kos operasi lebih rendah yang dicapai ekoran peningkatan tahap kecekapan pengeluaran, seiring dengan penggunaan kapasiti lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hartalega Holdings Berhad, Kuan Mun Leong berkata, dalam persekitaran yang sukar, prestasi syarikat didorong oleh permintaan yang meningkat secara beransur-ansur, rasionalisasi kapasiti strategik oleh para peserta industri utama dan stok inventori yang semakin berkurangan. 

“Di samping itu, langkah-langkah peningkatan kecekapan operasi kami terus menghasilkan keputusan yang positif.

“Walaupun mencapai pemulihan prestasi, kami masih mengalami kesan kelewatan penghantaran disebabkan kekangan pengangkutan global. Kita perlu menerima hakikat bahawa ketidakpastian pasaran bakal menjadi normal baharu bagi perniagaan. 

“Justeru, rancangan strategik lima tahun perlu memastikan kami terus memberi tumpuan kepada bidang-bidang penting termasuk mengoptimumkan kecekapan operasi dan kos, meningkatkan automasi dan mengekalkan kepimpinan kami dalam pematuhan sosial dan kelestarian menerusi inisiatif ESG kami yang teguh,” katanya. 

Jelas beliau, Hartalega meramalkan tahap permintaan yang lebih kukuh dan akan terus meningkatkan kapasiti pengeluaran secara strategik sambil akur terhadap dinamik pasaran. 

“Walaupun menghadapi tekanan luaran yang berterusan, kami menjangkakan permintaan sarung tangan akan meneruskan kenaikan ke paras prapandemik, dipacu oleh perkembangan keperluan penjagaan kesihatan dan kesedaran tentang kebersihan. 

“Hartalega bersedia untuk merebut dan memanfaatkan peluang dalam pemulihan pasaran yang akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya