Habib perkenal wafer syiling emas 999.9 edisi Tanah Airku - Utusan Malaysia

Habib perkenal wafer syiling emas 999.9 edisi Tanah Airku

Wafer syiling emas 999.9 Habib edisi Tanah Airku
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, Habib memperkenalkan edisi baharu wafer syiling emas 999.9 dengan elemen ikonik dari negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib berkata, pihaknya sentiasa memegang kepercayaan teguh dalam meraikan identiti kami sebagai jenama tempatan yang membanggakan, untuk melambangkan kreativiti, inovasi, daya ketukangan dan nilai terbaik Malaysia.

Jelasnya, dengan moto jenama kumpulan ‘The Gift of Happiness’ adalah janji untuk memberikan kegembiraan dan keunikan dalam semua yang dilakukan, yang diterjemahkan pada produk, jenama yang dibawa dan unsur-unsur Malaysia daripada kempen tahun ini.

“Wafer syiling emas 999.9 Habib edisi Tanah Airku menampilkan lima reka bentuk yang meraikan keindahan tanah air kita.

“Setiap reka bentuk menampilkan simbolisme dan motif tempatan yang terkenal dari pelbagai wilayah di Malaysia, daripada keindahan seni bina pusat bandar raya kepada keindahan alam semula jadi negeri Sabah dan Sarawak di Borneo Malaysia.

“Setiap wafer syiling emas berharga RM138 atau RM690 sebagai set istimewa,” katanya dalam kenyataan.

Kempen Habib ‘Tanah Airku’ Merdeka 2024 akan menghiasi semua bilik pameran Habib bermula 1 Ogos hingga 1 September ini.

Sebagai sebahagian daripada kempen, Habib akan mengadakan satu siri lawatan bilik pameran edisi Merdeka di seluruh negara, bermula dengan Habib Semua House di Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2024 sebelum mengakhiri perjalanan di Habib The Spring di Kuching, Sarawak pada 16 September ini bersempena Hari Malaysia.

Sepanjang bulan ini, pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga RM35 segram untuk barangan kemas emas 916 dan 999, diskaun sehingga 70 peratus untuk barangan kemas berlian, batu permata dan dapatkan jam tangan pintar Ice Smart Two untuk setiap pembelian melebihi RM10,000 bagi barangan kemas emas, berlian dan batu permata (tertakluk pada terma dan syarat). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya