Gangguan di Wall Street beri kesan pasaran Malaysia - Utusan Malaysia

Gangguan di Wall Street beri kesan pasaran Malaysia

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gangguan di Wall Street telah menyebabkan kesan berantai di Malaysia, di mana pelabur asing telah menjual saham secara bersih sebanyak RM768.4 juta, minggu lalu.

MIDF Research dalam satu nota penyelidikan berkata, mereka menjual ekuiti di Bursa Malaysia setiap hari minggu lalu, dengan aliran keluar bersih terbesar berlaku pada hari Isnin dan Khamis, masing-masing sebanyak RM336.1 juta dan RM226.7 juta.

“Hanya tiga sektor yang dibeli secara bersih oleh pelabur asing minggu lalu, iaitu telekomunikasi dan media (RM10.0 juta), penjagaan kesihatan (RM8.6 juta) dan perladangan (RM7.1 juta). 

“Tiga sektor utama yang dijual secara bersih oleh pelabur asing ialah produk dan perkhidmatan pengguna (-RM151.8 juta), hartanah (-RM149.5 juta), dan teknologi (-RM120.2 juta),” katanya dalam satu nota penyelidikan. 

Sementara itu, MIDF Research berkata, institusi tempatan telah melakukan pembelian besar minggu lalu, membeli secara bersih sebanyak RM1.19 bilion. 

“Mereka membeli secara bersih setiap hari minggu lalu, dengan jumlah pembelian bersih terbesar dilihat pada hari Isnin sebanyak RM545.8 juta. 

“Ini adalah jumlah pembelian bersih terbesar dalam satu hari sejak 2018, apabila mereka membeli secara bersih sebanyak RM846.3 juta pada 6 Februari,” katanya. 

MIDF berkata, peruncit tempatan menjual secara bersih sebanyak RM424.6 juta minggu lalu, menjual secara bersih setiap hari. Hari Isnin mencatatkan penjualan bersih yang paling besar dengan jumlah RM209.7 juta.

Kadar dagangan purata harian (ADTV) menunjukkan peningkatan di semua kelas pelabur. Pelabur asing mencatatkan lonjakan tertinggi sebanyak +47.4 peratus, diikuti oleh peruncit tempatan dengan +47.3 peratus, dan pelabur institusi tempatan dengan +37.7 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya