EPB catat premium 16 peratus di Pasaran ACE - Utusan Malaysia

EPB catat premium 16 peratus di Pasaran ACE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: EPB Group Bhd. memulakan dagangan di Pasaran ACE pada 65 sen, premium 16.07 peratus lebih tinggi berbanding tawaran awam permulaan (IPO) pada 56 sen.

Pada pukul 9.18 pagi, saham didagangkan pada harga 61 sen selepas lebih daripada 50 juta saham bertukar tangan.

Pengarah Urusannya, Yeoh Chee Min berkata, hasil daripada IPO sebanyak RM24.6 juta akan digunakan untuk pengembangan kilang, termasuk pembelian tanah dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, pembinaan kilang baharu dan pembelian mesin.

“Kemudahan semasa kami beroperasi melebihi kapasiti dan kami kehilangan banyak peluang kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk mempamerkan produk kami,” katanya pada sidang akhbar penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia secara maya.

Chee Min menjelaskan bahawa kemudahan baharu itu akan berukuran 70,000 kaki persegi, membolehkan syarikat memiliki lebih banyak ruang untuk pengembangan masa depan kerana kawasan tanahnya adalah 2.83 hektar.

“Syarikat juga merancang memanfaatkan gelombang Revolusi Perindustrian 4.0 dan meningkatkan integrasi teknologi robotik dengan penyelesaian mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan mereka.

“EPB Group telah mengenal pasti peluang dalam industri untuk penggunaan teknologi robotik yang lebih meluas, memandangkan keperluan kebersihan yang ketat untuk pengendalian makanan dan cabaran mendesak yang dihadapi oleh pengeluar makanan dalam pengambilan pekerja kilang.

“Kami juga berpuas hati dengan hasil yang dicapai oleh syarikat dan menyifatkan ia sebagai cerminan kepercayaan pelabur terhadap masa depan syarikat dan optimis bahawa teknologi dan inovasi yang dibawa akan terus menarik minat pelabur serta meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap kami.

“Selain itu, kami akan membina kilang baharu yang dapat menampung lebih banyak mesin dan peralatan berteknologi tinggi, termasuk teknologi internet kebendaan (IoT) dan sistem automasi yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat juga merancang untuk terus meneroka pasaran antarabangsa, khususnya di Indonesia dan Filipina.

“Hal ini kerana ia mempunyai potensi besar berikutan pasaran yang semakin berkembang.

“Kami yakin dengan prospek ini, dan kami akan terus berinovasi dalam pembangunan mesin baharu serta pengeluaran makanan mudah dan sejuk beku yang semakin mendapat permintaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya