Dasar kerajaan konsisten pacu pengukuhan ringgit - Amir Hamzah - Utusan Malaysia

Dasar kerajaan konsisten pacu pengukuhan ringgit – Amir Hamzah

AMIR HAMZAH AZIZAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Trend pengukuhan ringgit dijangka berterusan dipacu oleh dasar-dasar kerajaan yang konsisten dan kejayaan membina kepercayaan serta menarik pelaburan ke negara ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, kerajaan tidak panik dengan mengemukakan dasar-dasar yang tidak menolong dalam ekonomi negara, sebaliknya kekal konsisten termasuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi membantu industri terus berkembang.

Katanya, ia juga tidak menekan rakyat dengan meningkatkan kadar faedah dalam pinjaman dan memastikan dasar yang kekal menyokong.

“Jadi bila orang luar melihat kepada dalam negara ini untuk pelaburan, mereka percaya pada dasar yang stabil dalam negara ini. Ada usaha-usaha untuk membangunkan negara dan insentif yang dibuat menjadikan terdapat permintaan untuk melabur di Malaysia.

“Kita nampak pelaburan yang diluluskan telah mencapai tahap yang tinggi dari segi industri semikonduktor dan pusat data. Jadi, kerana itulah kita nampak ada pengukuhan kepada ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada pada Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA) ke-41 di Hotel Hilton Kuala Lumpur di sini.

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dan berlegar hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan.

Mata wang negara pernah menyusut seketika melepasi 4.8 berbanding dolar AS semasa sesi dagangan pada 20 Februari lalu sebelum ditutup pada 4.7975/8000.

Ringgit pernah mencecah paras terendah 4.8850 pada 1998.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata, fakta-fakta positif dalam ekonomi ketika ini juga akan mendorong negara untuk mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 lebih tinggi daripada sasaran.

“Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengeluarkan unjuran awal KDNK suku kedua pada 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada suku pertama.

“Jadi, kita percaya pertumbuhan KDNK pada tahun ini akan dapat dicapai antara empat hingga lima peratus. Kemungkinan di tahap yg lebih tinggi daripada itu.

“Dari segi inflasi dalam negara juga terkawal dan kita nampak juga usaha-usaha reformasi fiskal yang dibuat daripada kerajaan telah berjaya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya