Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengekalkan sentimen positif pada tengah hari ini, didorong oleh pemulihan Wall Street selepas pembelian secara meluas berikutan kejatuhan saham yang besar.

Pada pukul 11.30 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,594.12, naik 19.73 mata selepas dibuka tinggi pada 1,576.12, naik 1.73 mata daripada penutup semalam.

Dalam pasaran yang lebih luas, terdapat 839 kaunter untung, 263 kaunter rugi, 377 kaunter diniagakan tidak berubah dan 929 kaunter tidak diniagakan di Bursa Malaysia.

Jumlah dagangan berada pada 2.697 bilion saham bernilai RM1.586 bilion.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun meningkat 789.15 mata, atau 2.28 peratus, kepada 35,464.61 ketika berita ini ditulis.

Begitu juga Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 2.78 peratus atau 63.84 mata kepada 2,585.99 dan Indeks STI Singapura mengukuh 1.28 peratus atau 40.98 mata kepada 3,239.42, manakala Indeks Komposit BEI Indonesia naik 1.21 peratus kepada 7,215.27  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN