PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya selepas memulakan dagangan melebihi 1600 mata pagi ini. Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.67 mata kepada 1623.61 daripada 1,613.96 pada Khamis. Indeks dibuka tinggi kepada 1622.20 mata. Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 312 berbanding 55, dengan 178 kaunter tidak berubah, 1,941 tidak diniagakan. Jumlah dagangan sebanyak 100.557 juta unit bernilai RM57.849 juta.-UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya