Bursa Malaysia ditutup tinggi, naik 10.61 mata hari ini

Bursa Malaysia ditutup tinggi, naik 10.61 mata hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup tinggi, mencatatkan kenaikan sebanyak 10.61 mata hari ini meskipun pasaran ekuiti serantau dilihat mencatatkan prestasi yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.21 mata kepada 1,606.66 daripada 1,598.53 pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 2.48 mata kepada 1,598.53.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 646 berbanding 406, dengan 521 kaunter tidak berubah, manakala 869 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan sebanyak 3.999 bilion unit bernilai RM2.908 bilion.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata,
kebimbangan terhadap “Unwinding of Yen Carry Trade” dillihat berkurangan apabila nilai mata wang Yen dilihat menyusut berbanding dolar AS sebanyak 0.53 peratus kepada 147.38 yen.

“Minggu lalu, pelabur asing dilihat mencatatkan jualan bersih sebanyak RM768.4 juta dan pelabur institusi tempatan dilihat menyokong dengan belian bersih sebanyak RM1.2 billion.

“Justeru, sekiranya sentiment terhadap yen ini semakin pulih, minat belian terhadap pasaran tempatan dikalangan pelabur asing seharusnya juga meningkat,” katanya.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun meningkat 193.85 mata, atau 0.56 peratus, kepada 35,025.00 ketika berita ini ditulis.

Begitu juga Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 1.15 peratus atau 29.87 mata kepada 2,618.30 , Indonesia pula meningkat 0.86 peratus kepada 7,2566,996
dan Indeks STI Singapura merosot -26.24 peratus atau -0.80 mata kepada 3,235.59. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN