Bursa Malaysia ditutup tinggi - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia ditutup tinggi

FBM KLCI Bursa Malaysia ditutup negatif pada Isnin- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup tinggi, didorong oleh gelombang keyakinan pelabur berikutan kenyataan meyakinkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk mengelakkan kemelesetan ekonomi.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,591.87 naik 17.48 mata berbanding 1,574.39 penutup Selasa.

Indeks petunjuk utama itu dibuka tinggi pada 1,576.12, naik 1.73 mata daripada penutup kelmarin.

Dalam pasaran yang lebih luas, terdapat 1,061 kaunter untung, 270 kaunter rugi, 375 kaunter diniagakan tidak berubah dan 375 kaunter tidak diniagakan di Bursa Malaysia.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.12 bilion unit bernilai RM4.02 bilion daripada 6.39 bilion unit bernilai RM5.31 bilion pada Selasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN