PETALING JAYA: Indeks FBMKLCI dilihat merosot pada hari ini disebabkan para peserta pasaran mengambil pendekatan berhati-hati.
Ini berikutan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan berucap pada malam ini di Jackson Hole Symposium.
Bursa Malaysia ditutup rendah pada penghujung dagangan hari ini pada 1634.54 hari ini, turun 7.12 mata berbanding 1,641.66 pada penutup Khamis.
Indeks dibuka tinggi pada 1643.33 mata.
Jumlah dagangan sebanyak 3,026 bilion unit bernilai RM2.151 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 910 berbanding 235 dengan 423 kaunter tidak berubah, 940 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun dengan menurun -111.12 mata kepada 37,951.80 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.22 peratus atau 5.98 mata kepada 2,701.69 manakala, indeks Indonesia pula 0.74 peratus kepada 7.543,862 .
Dalam pada itu, indeks STI Singapura pula meningkat 17.480 mata kepada 3,391.060.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pedagang pasaran sedang memerhatikan apakah pihak Rizab Persekutuan (Fed) akan terus memberi isyarat mereka dalam mod bersedia untuk mengurangkan kadar faedah pada September ini. – UTUSAN